Assalamualaikum.
Dah lama tak bersiaran. Tiba-tiba petang ni ke udara lah kita. Siapa kat sini suka makan KFC punya wrap tu? Yang tak pernah makan? Ok, saya pernah cuba dan chicken wrap KFC yang terbaru tu inti ayam masak merahnya sangat lah pedas kat tekak saya. Terasa pijarnya tahap kepedasan dia tu. Terbantut sikit selera makan yang sekelumit. Huhuhu.
Fikir punya fikir, apa kata kita buat sendiri chicken wrap ikut citarasa kita, letak la apa yang kita suka dan masak la ayam tu ikut apa yang kita nak. Boleh elakkan pedas. Haha. Kat Johor hari tu, kawan saya ada belikan wrap jenama MISSION. Wrap dari MISSION ni ada pelbagai perisa pulak haa. Kami try yang perisa Garlic, bawang putih nkoo! Terkejut saya sebab boleh pulak tekak saya makan rasa bawang putih, kalau tak, mesti da muntah balik. Nasib baik bawang putih dia dah diproses. Haha!
Jenis-jenis MISSION Wraps |
Nak buat wrap ni senang ajeee, korang bole guna macam-macam inti. Tak semestinya ayam je, boleh try sardin, telur, salmon, tuna, ostrich slice..hambek. Haha. Untuk permulaan ni, saya guna ayam je. Jom tengok resepi!
Bahan-bahan inti:
1-2 keping dada ayam (diperap 2 jam atau semalaman)
Daun salad hijau dan ungu
Tomato ceri (dibelah 4)
Kewpie Mayonnaise Japanese Style
Kewpie Japanese Dressing Roasted Sesame
Bahan perapan ayam:
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1 inci halia (ditumbuk lumat)
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Sedikit serbuk oregano
1 sudu besar Extra Virgin Olive Oil
Beberapa keping MISSION Wrap
Cara-cara membuatnya:
1. Cara menyediakan inti ayam: Bersihkan dada ayam, kelar-kelar sedikit, gaulkan dengan bahan perapan dan perap selama 2 jam atau semalaman. Setelah diperap, bakar dalam pemanggang ajaib atau boleh guna frying pan (balik-balikkan dada ayam) hingga air kering. Bila da masak, biar sejuk seketika sebelum dipotong dadu.
Cara melipat dan menggulung wrap. Sumber: Pinterest |
2. Cara menyediakan wrap: Panaskan wrap mengikut arahan pada label MISSION Wrap. Ambil sekeping wrap yang telah lembut, susunkan daun salad, ayam dan tomato di tengah-tengah wrap secara memanjang. Picitkan mayonis dan dressing ikut suka. Lipat dan gulung wrap elok-elok, jangan sampai terkoyak. Inti dia jangan banyak sangat, nanti 'termuntah' balik wrap tu. Haha. Bila da gulung, boleh belah dua dan masukkan ke dalam mulut. Sedapnyaaaa!
Senang kan?
Selamat mencuba!