Menu Sarapan Pagi - Nasi Goreng Bodoh | Pagi ni ciksun jenguk periuk nasi, masih ada sedikit nasi semalam berbaki. Dah lama rasanya tak buat nasi goreng bodoh macam mamak ciksun selalu buat. Nasi goreng hanya dengan bawang dan garam sahaja. Takde letak apa-apa benda lain. Sedap dimakan dengan ikan masin atau ikan bilis goreng. Jadi ciksun pun terus hiris bawang merah dan bawang putih.
Letak kuali atas dapur, bukak api dan tuangkan minyak sikit. Tiberr tengah tumis bawang tu kepala ligat pulak nak letak kicap dengan telur. Nahhh, terus tak jadi berapa bodoh sangat lah nasi gorengnya. Haha! Ade ke yang nak cari resepi nasi goreng bodoh ni? Yang duduk bujang and baru nak belajar menggoreng nasi, haa boleh lahhh pakai resepi ni. Ada satu benda rahsia jugak ciksun letak 😂
Nasi Goreng Bodoh
Saiz: 2 orang makan
Masa penyediaan: 30 minit
Bahan-bahan:
2-3 cawan nasi putih
1 biji bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 kiub ayam Knorr
Sedikit kicap
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara membuatnya:
- Ramas nasi putih hingga gembur sepenuhnya. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Dengan api sederhana, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan kiub ayam Knorr yang dihancur-hancurkan sedikit. Kacau rata, dan masukkan nasi putih tadi.
- Goreng sekejap sebelum masukkan sedikit kicap, kemudian gaul lagi hingga nasi bersalut kicap sepenuhnya.
- Buat ruang kosong di tengah kuali, pecahkan telur. Tunggu hingga telur sedikit masak, hancurkan dengan sudip dan gaul rata bersama nasi.
- Perasakan dengan garam secukupnya, matikan api.
- Sedap dimakan panas-panas.