Menu

Horlicks Batik Cake with Mix Fruit


Tu dia tajuk kemain kan!

Semalam beroperasi lagi setelah sekian lama menyepi. Lepas melapis, terus rasa nak buat kek batik horlicks sebab ada lebih horlicks dan susu. Telur pun ada lagi, biskut marie pun ada lagi banyak. So, buat la selagi mampu. Kang da tak larat + malas, tak terbuat-buat lak.

Resepi ni sama macam yang first saya buat dulu, cuma ditambah buah-buahan campuran sebab ada baki kat peti ais lepas buat kek lapis dulu. Hehehe. Sedap lak bila ada kismis bagai ni. Meh kita tengok resepi ye~

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:

300 gram biskut marie, dipatah 4
125 gram mentega
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan Horlick
1/4 cawan air
2 sudu gula
sedikit buah-buahan campuran

Cara-cara Membuatnya:

  1. Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali biskut marie dan mentega, dalam kuali, kacau dengan garpu hingga semua sebati.
  2. Kemudian, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  3. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie dan buah-buahan campuran, gaul rata-rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  4. Tuang dalam loyang bulat yang telah dialas dengan plastik (saya guna springform tin), tekan adunan tadi padat-padat dan biar hingga hilang wap panas.
  5. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.

No comments:

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats