Resepi Kuih Beko Kelantan Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Kuih Beko Kelantan Yang Mudah Dan Sedap | Perghh, dah lama kan iols tak update blog ni? Setahun lebih sepi tanpa berita, tiba-tiba hari ni nak update pulak. Kesian dia sunyi. Walaupun sunyi, tetap ada yang datang bertandang merujuk resepi.

Belum terlambat lagi nak ucap, salam Syawal buat semua. Nak ucap selamat berpuasa, Ramadhan dah habis. Tapi kalau ada yang masih belum selesai puasa sunat Syawal, haa boleh lah terima ucapan tu ya. Atau yang tengah ganti puasa kee, yang puasa sunat hari Isnin keee, selamat berpuasa.


Hari ni nak share salah satu resepi simple, Kuih Beko Kelantan. Saya suka sangat kuih ni, masa pergi Kelantan awal tahun ni, saya berpeluang untuk mencubanya buat pertama kali. Memang sedap, rasa lemak-lemak masin kelapa parut tu buat kita terimbau kenangan makan Kuih Dangai atau Kuih Rangin.


Kuih Beko ni ada perisa plain dan ada perisa pandan. Kuihnya kena bakar dalam setengah jam gitu sampai permukaan kuih keperangan sikit. Ikutkan, nak bakar kuih ni kena ada acuan yang sesuai. Tapi saya takde acuan tu, saya pakai aje acuan Kuih Cara. Belasah aje lahhh, asalkan dapat buat Kuih Beko kegemaran. Haha!

Saya bakar dua kali, atas tu bila letak adunan penuh dalam acuan, jadi tebal kuihnya. Second time saya cuba bakar nipis lak, baru la nampak macam Kuih Beko kat Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Heee~

Meh tengok resepi!

Resepi: Citarasa Wan
By: Selera Sakura
Masa penyediaan: 1 jam

Bahan-bahan:
200 gm kelapa parut putih
80 gm gula pasir
150 gm tepung pulut
1 biji telur A - dipukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata.  Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.   Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak.  Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
  3. Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200ÂșC atau hingga permukaan kuih keperangan.
  4. Selamat mencuba!

3 comments:

  1. nampak macam sedap ni... tak pernah cuba lagi kuih ni.

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan. Tak jumpa lagi orang jual.Kalau tengok resepi, rasa dia macam dangai ke?

    ReplyDelete