Friday, January 06, 2012

Bila Orang Sakit Buat Fruit Puff


Petang tadi, macam dah mati kutu tak tau nak buat ape kat rumah. Tido takleh, memang tak lelap punya. Siyes, da berapa jam tak tido ntah. Langsung tak mengantok. Kesan ubat ke? Mungkin. Tiba-tiba rasa nak buat fruit puff yang Pak Cik Mat pernah jamu masa kitorang gi rumah dia dulu. Tapi kat rumah ada kiwi aje (yang Pak Cik Mat bagi hari tu...da terlebih masak pun...hahaha~) So, keluar (bukan merayap, ok!) beli buah strawberry dengan aprikot kat JJ Taman U. Bila buat sesuatu yang kita buat masa sihat, rasa lupa kejap kita tengah tak sihat. Tu yang best~ Hehehe... Meh semak resepi~

BAHAN-BAHANNYA:

6 keping puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
Telur untuk disapu
Strawberry segar secukupnya
Peach dalam tin secukupnya (saya guna aprikot segar)
Buah kiwi secukupnya

BAHAN KASTRAD: (saya ubah sikit sebab susu segar tak cukup)

1 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard (bird custard)
2 camca besar susu manis (dibancuh dalam 1/3 cawan air)
1 camca teh mentega
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:

  1. Untuk membentuk puff pastry tu Pak Cik Mat cadangkan anda klik sini, untuk gambar rajah lebih jelas... Sapu telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 C selama 25 minit, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara, untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan-bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau rata dengan whisk, kemudian jerang dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega, kacau rata dan tutup periuk dengan tudungnya. Ini mengelakkan kastard berkepal pada permukaanya.
  3. UNTUK FRUIT PUFF :- Ambil 1 puff pastry yang telah dibakar tadi. Tekan bahagian tengah dia sehingga membentuk ruang. Sudukan kastard, ratakan dan susun buah-buahan, kemudian sapu permukaan buah-buahan tadi dengan piping jelly. Buat kaedah sama untuk baki bahan. Hidangkan segera.

P/S: Sorry, kamera henset je yang mampu. Kamera compact da masuk dalam sup. Ada sape-sape nak hadiahkan saya DSLR?????




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.