Wednesday, February 20, 2013

Tak Ada Birthday Cake, Selera Sakura Buat Birthday Gift


Alhamdulillah.

Customer terbaru memberikan satu idea kepada Selera Sakura untuk mengembangkan lagi daya kreativiti. Sekaligus membuka lebih banyak lagi pilihan untuk pelanggan lain. Hihihi.

Customer ni mulanya hendak menempah kek birthday, sehari sebelum penghantaran. Dan semasa dia menghubungi saya, saya sedang menerima cahaya mata baru tiga ekor dari Mulan. Saya bagitahu dia, saya tak ambil tempahan kek birthday, dan apa-apa kek yang ber'icing'. Sebab peti ais kat rumah saya memang tak mampu nak menampung kek jenis sejuk. Risau pula kalau tak menepati kehendak dan kepuasan pelanggan.

Tapi, dia tanya lagi, apa-apa jenis kek yang boleh dihantar ke UTM Skudai. Macam nak jugak ajeee. Saya gitau dia, saya hanya boleh buat kek karamel sahaja buat masa ni. Tak ada icing, tak ada tulisan apa-apa. Dia kata ok, boleh. Asalkan sedap dan best seller. Bila da setuju, tiba-tiba dia ternampak pulak gambar apam polkadot kat sidebar Selera Sakura.


Dan saya pun bagi idea, gunakan apam polkadot untuk tulis Hepi B'Day dan nama orang yang akan menerima gift set tersebut. Dia setuju untuk ambik kedua-duanya, kek dan apam polkadot. Gulppp. Saya berkira-kira dan menolak-tambah-darab-bahagi masa yang saya ada. Insya'Allah sempat. Maka, balik kerja malam tadi saya pun memulakan operasi Kek Karamel Aisyah. Dan lepas tu, saya tidur dengan harapan untuk bangun sebelum Subuh. Boleh start mengapam awal sikit.

Tapi Allah bagi rehat lama sikit, pukul 6 tepat saya tersedar. Dah lewat dari waktu, bergegas saya ke dapur, mengeluarkan Kek Karamel Aisyah dari loyang dan memasukkan ke dalam bekas. Kek Karamel Aisyah macam kat bawah.


Selepas solat, saya merasmikan pula acuan kuih lompang yang baru dibeli. Sebelum ni guna acuan cupcake medium size yang ada 12 lubang. So, memang perlu masa agak lama untuk mengukus apam. Tapi dengan acuan lompang yang baru sebanyak 24 biji, boleh disingkatkan masa yang lama jadi sekejap aje. Alhamdulillah.


Jam 9 lebih jugak baru siap packing dan shooting. Sempat lagi amek satu-satu gambar untuk tujuan pengiklanan kat sidebar sebelah dalam sedikit masa lagi. Hihi. Pukul 10 tepat, saya tiba di destinasi untuk penghantaran gift set kepada empunya hari lahir. Alhamdulillah.

Terima kasih Aimie!




6 comments:

Iffah Afeefah said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

omey omeynye yuuu

moga bisnes makin maju

aDisH.sHidA said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

MAKIN MAJU...ALHMDAH..REZEKI BKL PGNTIN

kiera'sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Oo isi apam tue macam tue ye kak. acuan tue kira dah ada lepas apam jadi apam raksasa ritu hihihi. macam semangat je rasa nak buat apam polka dot rini. tue pun kalau rajin. alamak xde blueberry la nak buat isi dalam dia. huuuu xsedap la klu xde tue ;(

Mat Gebu said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Wahhh....makin mantap!!....bila2 ada masa pcm hebahkan di blog DTS...

Fasihah Supian said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

bila nak rasa air tangan angah nie :)

moga terus maju :)

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Tqvm sunnah..sape y nak buat tmphn suprise bolela cr sunnah.i/Allah pasti bpuas hati mcm sy^_^

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.