Tuesday, June 03, 2014

Pulut Mangga... Pulut Durian...


Menggoda tak gambar tu?

Alhamdulillah, dah lama sangat buat tapi baru hari ni sempat nak update. Pulut mangga atau pulut durian ni kegemaran encik suami. Pertama kali saya belajar membuat pulut, siap telefon mak lagi, nak tahu cara mak buat pulut. Kemudian bandingkan dengan resepi-resepi kat internet. Ada yang berbeza. Tak semua pulut cara buatnya sama.


Untuk Pulut Mangga dan Pulut Durian ni, saya guna resepi Khao Niaow Ma Muang @ Pulut Mangga kak Ros Jintan Manis. Tergoda tengok gambar pulut mangga dia. Kemasss dan comellll ajeee~ Hihi. Saya ikut resepi kak Ros, tapi ubah sikit part kuah santan. Saya suka kuah putih aje, jadi saya pakai gula biasa yang warna putih, tak pakai gula perang.

Jom tengok resepi!

Resepi: Jintan Manis
By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:

1 cawan beras pulut (pulut susu siam SAKURA) - rendam 1-2jam @ semalaman
1 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
3-4 sudu makan gula halus/kasar/perang
1 sudu makan tepung jagung
daun pandan
mangga dan durian

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan kukusan. Kukus beras pulut hingga setengah masak.
  2. Masukkan 1/4 cawan santan yang telah digaul dengan garam. Masukkan sekali daun pandan. Kukus lagi hingga pulut masak.
  3. Periuk lain, satukan baki santan, daun pandan dan juga gula halus/kasar/perang (kemanisan ikut selera masing-masing). Masak hingga mendidih. Masukkan tepung jagung untuk kuah yang agak pekat.
  4. Untuk hidangan - Sendukkan pulut ke dalam bekas. Tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga atau durian.
  5. Siap untuk dinikmati.



1 comments:

Cik Puan Eka said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Haritu tengok nenek buat pulut. Memang mencabar gak buat pulut ni. Kena pandai 'arun' . 'Arun' tu macam kacau.

Dari kukus, pastu arun ngan santan, pastu kukus lagi, arun lagi. Tak ingat dah brape kali arun untuk dptkan pulut yg sedap dan lemak.

pulut mangga mmg fav eka, aduhhh sedapnyaaaa tringin

Ramuan Selera!

kek (41) kek lapis (28) ayam (18) tempahan (17) pasta (14) admin (8) sup (8) keju (7) sosej (7) apam polkadot (6) pastri (6) roti (6) apam (5) dessert (5) kentang (5) kuih-muih (5) review (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) jalan-jalan cari makan (3) kekacang (3) sayur (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) belacan (2) cheesecake (2) jemput-jemput (2) laksa (2) lempeng (2) pisang (2) pizza (2) pulut (2) sarapan (2) western (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) Ramadhan (1) agar-agar (1) ais (1) bars (1) biskut (1) brownies (1) chocolate (1) congo bars (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) ikan (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) info (1) isu (1) kacang panjang (1) kebab (1) keropok (1) kismis (1) kunyit (1) labu air (1) makaroni (1) mangga (1) megi (1) mentega (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) pencuci mulut (1) penkek (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) strawberry (1) tomyam (1) udang (1) yis (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.