Tips Untuk Membuat Kek Lapis

Membuat dan membakar Kek Lapis memerlukan ketelitian dan juga kesabaran seseorang individu. Begitu juga dengan daya imaginasi dan kreativiti masing-masing. Tidak dinafikan pelbagai jenis kek lapis yang cantik-cantik dan juga sedap-sedap ada di pasaran. Akan tetapi, kalau dah ada resipinya dan juga tahu caranya, cubalah membuatnya sendiri. Di sini ada sedikit tips untuk membuat Kek Lapis.

  • Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.
  • Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya.
  • Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi.
  • Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang lain, ini membuat kek lembab. Cukup hanya sapu sekadar untuk kek tidak terlalu kering.
  • Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.
  • Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu macam mana dia kembang, angkat adunan senduk dan ia tidak mudah jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang sedap.
  • Gunakan daya imaginasi dan kreativiti bila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya creativiti insya’ALLAH kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan.
  • Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

4 Comments

  1. saya ingin tahu cara membakar kek lapis dgn cara yg betul....berapa minit, suhu oven dll....terima kash...

    ReplyDelete
  2. untuk membakar kek lapis, bagi setiap lapisan, Imah boleh setkan suhu antara 150-200 darjah celsius..berapa minit tu bergantung kepada kek..selalunya saya akan tunggu hingga lapisan itu kekuningan..rasa juga sama ada adunan lapisan masih basah lembap atau sudah kering..jangan terlalu lama juga..

    ReplyDelete
  3. salam..saya pernah buat kek lapis..1 time xde..kemudian jadi skit..tgh basah..bleh ker ajar saya cara yg btul..api oven perlu semua arah atau api atas saje jer..last pembakaran perlukan brp min...

    thanks

    ReplyDelete
  4. kurkur, lapisan pertama kek tu selalunya guna api atas dan bawah, lapisan seterusnya guna api atas sahaja..berapa minit tu bergantung pada suhu dan adunan juga. pada komen sebelum ni saya da terangkan. selalunya kurang lebih 5 minit. bila makin hampir ke lapisan terakhir, masa jadi makin singkat untuk elakkan kek hangit.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post