Wednesday, May 27, 2015

Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant

Bulan Syaaban berbaki dalam beberapa minggu je lagi.

Tak lama lepas tu dah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang dinanti-nanti oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amal ibadat dan memperbaiki diri sebelum menyambut Aidilfitri dengan penuh gumbira. Bulan ni lah memasing nak mengejar pahala solat tarawih, tadarus al-Quran, qiamullail, bersedekah dan banyak lagi amalan-amalan sunat yang lain. Ye tak?

Selain suasana biah solehah di sana-sini, satu lagi perkara yang menyebabkan umat Islam, malah bukan Islam jugak, tertunggu-tunggu bulan puasa ni adalah syurga makanan berbuka tidak kiralah di bazar-bazar Ramadhan, majlis-majlis berbuka mahupun buffet-buffet Ramadhan di serata restoran dan hotel.

Bercakap mengenai buffet Ramadhan, bersempena bulan Ramadhan tahun ni, Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) Sdn. Bhd. dengan bangganya mempersembahkan buffet Ramadhan bermula dari 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015. Untuk pengetahuan semua, BGR ni antara salah satu daripada beberapa golf resort kat Malaysia yang dah dapat perakuan Sijil Halal JAKIM. Jadi, jangan ragu-ragu ya untuk mencuba buffet Ramadhan kat sini! ;)

Bangi Golf Resort Restaurant. Gambar ihsan: Projek Travel

BGR menyediakan pelbagai jenis hidangan buffet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai. Tahun ni, bahagian Cooking Showcase BGR menampilkan kambing bakar yang dipanggang secara perlahan di atas bara api dan sup kambing mamak yang boleh dijamah bersama roti. Selain kambing bakar, sate daging dan ayam bersama kuah kacang buatan sendiri serta kway teow goreng dan mee goreng mamak yang digoreng panas-panas di hadapan tetamu turut disajikan di bahagian Cooking Showcase BGR.

Kambing Bakar di Cooking Showcase Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Menariknya di bahagian Western Appetizer, hidangan dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma disediakan untuk membuka selera para tetamu. Turut disediakan adalah Beef Lasagna dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce yang fuhhhhhhh, enak banget sih!

Western Appetizer di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Kalau yang rasa-rasa tak boleh telan makanan omputih, jangan risau sebab BGR ada menyediakan menu utama tempatan dan masakan Timur macam Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef super sedap, Fish Fillet dengan Sos Serai, Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Tiak Minyak. Oh, ada juga pilihan Nasi Lemak, Nasi Goreng Cina dan Nasi Putih untuk yang tak boleh kalau tak makan nasi, ok!

Masakan Timur di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Menu utama tempatan di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Nasi Lemak di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Bila da mengisi perut dengan segala makanan berat, boleh lah menutup jamuan dengan juadah manis di 'Live Station' Spanish Churro dengan kuah coklat pekat. Selain tu, terdapat pelbagai jenis kuih muih, puding, agar-agar dan buah-buahan tropika serta tempatan disediakan kat sini. Yang akan buat tetamu rambang mata, sudah tentunya pelbagai pilihan pencuci mulut popular Barat contohnya Italian Tiramisu, Chocolate Eclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Creme Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan ciptaan terkini BGR; Infused Tea Chocolate Ganache Tartlet.

Pencuci mulut @ desserts di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Sepanjang tetamu menjamu selera hidangan berbuka, alunan muzik Melayu Tradisional akan didendangkan secara live oleh kumpulan kugiran dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari. Jangan risau tentang parking sebab BGR menyediakan 800 tempat letak kereta secara percuma. Surau lelaki dan perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu.

Berikut adalah butiran mengenai Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant:

Alamat: No. 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor, Malaysia
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E
Tempahan dan Pertanyaan: +(603) 8925 3728 / +(603) 8210 0265
Email: bgb.bangigolf@gmail.com
Waktu operasi: 6.30 p.m - 9.30 p.m setiap hari
Bayaran sekepala: Bermula dari RM27 (kanak-kanak) dan RM55 (dewasa)





Friday, May 15, 2015

The Banana Leaf Restaurant, Kedai Mamak Urban Style

The Banana Leaf Restaurant, Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh

Assalamualaikum wrt. wbt.

Jarang-jarang kita tengok, kedai mamak yang design restoran dia nampak sedikit mewah, klasik dan elegan. Kalau ada pun, mungkin kat luar negara. Alhamdulillah pagi tadi dimurahkan rezeki, ditakdirkan Allah menjejakkan kaki kat salah sebuah kedai mamak yang stail dia agak urban.

The Banana Leaf Restaurant, Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh

The Banana Leaf Restaurant, salah satu cawangan terbarunya terletak di Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh. Dekat je dengan simpang empat area Klinik Veterinar Zul Erwan. Masa kami sampai tu restoran kosong. Mungkin sebab masih baru lagi. Masuk ke dalam restoran, kami terpesona dengan keindahan reka dalaman restoran ni. Kalau orang yang tak pernah datang mana-mana restoran dia dan tak tengok menu dia, mungkin orang tak akan menyangka bahawa The Banana Leaf Restaurant adalah restoran makanan India atau orang kita sebut: kedai mamak.

No caption, boleh? Haha

The Banana Leaf Restaurant menawarkan bermacam-macam makanan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Daripada set sarapan yang sangat berbaloi-baloi harganya, banana leaf rice atau nasi campur untuk makan tengahari bersama pelbagai lauk-pauk sehinggalah aneka roti untuk jamahan ringan atau minum petang.

Menu The Banana Leaf Restaurant

Masa kami datang pagi tadi, kami order set breakfast, dan makan nasi lemak yang siap dibungkus dengan daun pisang kat atas meja. Pilihan set breakfast dia terdiri daripada 2 keping capati, 2 keping puri atau 2 keping tosai yang berharga RM 4.00 sahaja (tak termasuk GST 6%), sekali dengan cicah dan percuma air kopi atau teh panas. Kami order set puri dan set capati, agak terkejut bila order sampai kat meja sebab purinya sangat besar dan kembang. Nasib baik tak order banyak-banyak. Haha.

Set sarapan pagi - capati

Set sarapan pagi - puri

Buat saya yang pertama kali makan puri cicah kari, alhamdulillah saya suka. Lain kali boleh datang sini lagi bawak kawan-kawan atau ahli keluarga.

Saya bagi 8/10.

Kami tumpang ambil gambar teh tarik yang Renita tengah ambil :D

P/S: Kami tak sangka akan bertemu owner The Banana Leaf Restaurant, Renita. Dia pun macam kami, sibuk ambil video dan gambar sebab nak promosi restoran dia. Kami ingatkan dia dari media mana-mana. Bila tanya staff, rupa-rupanya dia owner. Fuhh!




Monday, May 11, 2015

Kula Cakes by Lila Wadi, Kuantan, Pahang

Assalamualaikum wrt. wbt.

Kula Cakes. Pernah dengar?

Saya baru pertama kali mendengar nama ni dalam #projekcarikmakan hujung minggu lepas. Last minute travel plan dengan encik suami dan kawan-kawan ke Teluk Cempedak, Pahang. Hari Sabtu lepas, kami meneroka bandar Kuantan untuk rasa makanan kat tempat orang. Hihi. Terima kasih kepada kawan encik suami yang ajak kami semua ke Pahang.

Kula Cakes by Lila Wadi Exterior

Kula Cakes ni terletak di Jalan Besar, bandar Kuantan. Exterior design dia memang menarik dan klasik. Ada banyak basikal kat dinding luar bangunan. Oh ya, kamu boleh duduk makan open air kat luar restoran ni. Sebab kat dalam Kula Cakes ni kecik je, ade dua meja kecik je kat dalam tu.

Kula Cakes, A96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang.

Open hour Kula Cakes ni dari pukul 1 tengahari sampai 10 malam, hari Selasa sampai Ahad. So make sure kamu datang pada masa tu, ok? Menu-menu kat Kula Cakes ni sudah tentulah kek. Kalau nak tahu apa yang sedap, boleh tengok papan hijau kat kaunter dia. Desserts yang dipaparkan tu dah ikut ranking paling laris dari atas sampai bawah.

Kula Cakes by Lila Wadi Interior

Kami cuba Mango Cheesecake dan Pavlova. Makan kat open air sambil amek gambar. Mango Cheesecake dia yummyyyy! Sedap sangat, alhamdulillah! Rasa macam tak cukup aje kongsi 4 orang. Ahahaha. Nasib baik sebelum tu dah isi perut sikit. Pavlova dia pun not bad. Cuma kalau tak suka benda manis, mungkin tak berapa suka kot?

Mango Chilled Cheesecake dan Pavlova - Kula Cakes by Lila Wadi

Nak tengok desserts yang lain boleh cek Instagram: Kula Cakes dan FB page: Kula Cakes

Ok, saya bagi 9/10!




Friday, May 08, 2015

O-SHIMA Japanese Restaurant

Assalamualaikum!

Lama tak update blog Selera Sakura ku ini. Hew hew. Sebenarnya semenjak dua menjak ni takde masakan yang terlalu special untuk saya share. Masakan yang lebih kurang sama aje dengan yang sebelum-sebelum ni. Kalau ada yang special pun, tak rajin pulak nak update entri, macam mana? -_-"

So, saya rasa lebih baik saya update blog dengan restoran atau gerai yang saya pernah pergi untuk makan. Boleh macam tu? Haha. Boleh ajeee kan, sebab sebelum ni pun pernah review beberapa tempat makan kat dalam ni.

Balik dari Jepun bulan lepas, saya jadi rindu sangat makanan Jepun. Disebabkan kat sana asyik makan tempura aje, mesti nak rasa jugak tempura kat Malaysia ni macam mana ye. Sama tak dengan menu tempura kat sana. Hihi. Bila google-google restoran Jepun halal kat Malaysia ni, ade banyak...banyak yang meragukan. Haha. Tapi ada juga beberapa yang dijamin halal dan owner pun Muslim, insya'Allah. Antaranya, O-SHIMA Japanese Restaurant kat Shah Alam.

Tahu Plaza Alam Sentral, Shah Alam? Kalau tak tahu, boleh WAZE. O-SHIMA Japanese Restaurant ni terletak kat bahagian luar tepi plaza tu, ade banyak kiosk kecik kedai makan open air. Masa kami datang tu, tak ramai sangat orang. Tapi once kami duduk, berpusu-pusu orang datang tiba-tiba seat jadi penuh. Erk! Mungkin masa tu ramai orang sebab ade event Astro kat Plaza Alam Sentral.


Ada banyak menu makanan Jepun kat sini. Bila owner dia datang ambil order, cara dia sebut nama menu tu macam fluent gila. Saya percaya owner dia dulu mesti pernah duduk kat Jepun. Saya tak sempat nak berborak banyak dengan owner dia sebab pelanggan terlalu ramai, tapi diorang bekerja dua orang aje kat dapur sambil melayan pelanggan. Bayangkanlah.


Saya order Ten Don yang berharga RM13.90, adik saya pulak order Chicken Katsu Curry Don yang berharga RM12.90. Ten Don ni adalah nasi putih bersama udang goreng tepung bersama sayur goreng tepung. Ade labu dengan lada benggala yang 'digoreng-tepungkan' haha. Chicken Katsu Curry Don pulak nasi putih bersama kari ayam dengan potongan kentang dan lobak. Menu-menu ni didatangkan bersama Miso Soup. Saya order jugak beberapa biji sushi, tapi saya bungkus untuk bawak balik sebab dah lewat masa tu. Adik cakap sedap sushi dia.

Bagi saya, makanan dan servis dia 6.5/10. Servis agak lambat sebab pekerja dua orang aje, pelanggan pulak ramai. Makanan dia boleh tahan lah. Sape-sape nak try makanan Jepun yang berpatutan dan halal, boleh ke sana ye!




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.