Hari ni seperti biasa 'bekerja' kat rumah (ouh, bila la nak buat projek master ni???). Nak kongsi kesedapan kentang wedges yang baru siap tadi. Sebelum ni pun da selalu buat, mak dan adik bongsu serta kak ya si sepupu yang da gemok la suka makan. Bagi memenuhi kehendak mereka, satu resepi baru dicipta lagi. :D
Ok~ mula-mula kentang direbus lepas dipotong macam wedges tu...yang barunya hari ni, saya rebus dengan limau nipis sekali...letak jugak tomato...hoh. Memang pelik!
Sambil-sambil tu, sediakan adunan tepung, saya guna tepung gandum. Campur dengan sedikit serbuk lada hitam, serbuk oregano dan sedikit garam. Bagi jadi adunan dengan mencampur air (macam nak buat cucur gitu~)
Kentang yang da siap direbus (tak perlu bagi empuk sangat) tadi ditus dan masukkan ke dalam adunan tepung. Panaskan minyak, kemudian goreng sampai keemasan~
Tadaaa~ (tadaaa aje-aje..) Da siap~
Tags:
kentang
saya suka wedges sangat2,saya nak buat lah balik umah nanti.............
ReplyDelete@FasiHaH SupiaN
ReplyDeletehehe~ sila-sila...:)