Alhamdulillah.
Allah bagi rezeki lebih, sekaligus bagi kekuatan kepada saya untuk buat benda ni. Mulanya adik merangkap junior kampus tu called nak tempah kek lapis untuk hantaran kahwinnya esok. Saya cakap, ok. Boleh je. Kemudian, dia minta tolong saya untuk tulis something atas kek tu. Mak ai! Nak tulis macam mana kek lapis??? Hurmm, saya cakap insya'Allah saya cuba, sesambil tanya, tema majlis kaler ape. Dia kata pic gold macam tu. Ok. Insya'Allah, saya boleh! Gulpppp! Kalau tak jadi, menangis juga.
Dan akhirnya, alhamdulillah menjadi juga cubaan pertama buat kek lapis untuk hantaran kahwin. Walaupun agak comot sedikit tulisan pada lapisan terakhir tu. "Gerbang" dah jadi macam "gerbong" pulak dah. Tak pe lah, asalkan maknanya sampai, insya'Allah. :) Orang yang baca pun, sama-sama aminkan doa tu. Kan?
Kek ni, saya olah dari resepi asal Kek Lapis Pandan Choco Berry, tapi banyak juga yang saya ubah. Serius, kek ni sangat-sangat sedap! Saya rasa sedikit sisa-sisanya ok, sebab saya kena potong bahagian tepinya untuk dijadikan hantaran. Bukan curik-curik rasa tauuu! :p Lagipun ada lebihan sedikit sebenarnya dari adunan tu malam tadi yang saya buatkan sebagai cupcake. Ok, jom! Tengok resepinya ya?
Resipi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura
Saiz loyang segiempat: 8" x 8" x 3"
Bahan-Bahan:
500 gm mentega
150 gm gula kastor
1 sudu besar ovellette
10 biji telur saiz besar
1 tin susu pekat manis
260 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks
5 sudu besar jem buah-buahan campuran
5 sudu besar jem buah-buahan campuran
1 sudu teh pewarna coklat
1 sudu besar chocolate paste
1 sudu teh coffee emulco
1/2 sudu teh pewarna oren (light sahaja untuk bagi kesan pic)
1 sudu besar perisa pic
1/2 sudu teh pewarna kuning telur (light sahaja untuk bagi kesan gold)
1 sudu besar perisa nenas
Sedikit manik urai, coklat rice atau bijian manik untuk hiasan (ikut citarasa)
1 sudu besar chocolate paste
1 sudu teh coffee emulco
1/2 sudu teh pewarna oren (light sahaja untuk bagi kesan pic)
1 sudu besar perisa pic
1/2 sudu teh pewarna kuning telur (light sahaja untuk bagi kesan gold)
1 sudu besar perisa nenas
Sedikit manik urai, coklat rice atau bijian manik untuk hiasan (ikut citarasa)
Cara-cara Membuatnya:
- Panaskan oven pada suhu 175-200'C ikut oven masing-masing. Griskan dasar loyang dengan sedikit mentega dan alaskan dengan baking paper.
- Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
- Masukkan pula susu pekat manis dan ovelete, lalu dipukul dengan speed perlahan.
- Masukkan jem dan pukul lagi hingga bergaul rata.
- Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. [1] Diletakkan pewarna coklat, chocolate paste dan coffee emulco. [2] Diletakkan pewarna oren dan perisa pic. [3] Diletakkan pewarna kuning dan perisa nenas.
- Mulakan proses membakar. Lapisan pertama bakar adunan coklat dengan api atas dan bawah hingga masak (nampak sedikit keperangan, tapi agak sukar nak tengok sebab kaler coklat kan, jadi berusahalah!). Bila dah masak, tukar api atas sahaja. Kemudian bakar sampai habis adunan coklat selapis demi selapis, diikuti adunan pic dan akhir sekali adunan kuning sampai habis.
- Untuk lapisan terakhir, sebelum dibakar, tuliskan dahulu di atas lapisan tersebut dengan menggunakan piping bag yang digunting halus di hujungnya. Gunakan baki adunan coklat tadi untuk menulis. Kemudian hias ikut suka. Baru dibakar hingga keperangan sedikit, selepas itu tukar api atas dan bawah selama 10 minit lagi pada suhu 150'C.
Nota:
Setiap lapisan menggunakan 5 sudu besar. Untuk mendapatkan lapisan yang sama tebal dan teratur, kita harus menepati sukatannya. Kalau pun ada lebih adunan, biarkan dan jangan digunakan.
Dan untuk kamu berdua, selamat melayari bahtera rumahtangga! Moga keberkatan Allah bersama kalian! Doa yang sama juga buat yang lainnya~ :)
Dan untuk kamu berdua, selamat melayari bahtera rumahtangga! Moga keberkatan Allah bersama kalian! Doa yang sama juga buat yang lainnya~ :)
sweetnya..ada ucapan atas kek.nice kak sunah..mana tahu selepas ini ramai hendak tempah..murah rezeki kak sunah.amin..
ReplyDeleteaminnn
ReplyDeletemudahan bahagia keduanya
sunah. awak kreatif okey.
kak suka sgt bc kisah disebalik kek lapis ini...
thanks bkongsi
Ameen!
ReplyDeleteTerliur akak tgk kek tu