Sedap Sup... Berbaloi-baloi~~~


Alhamdulillah.

Tengahari tadi gi makan kat luar. Kali kedua gi restoran ni. Semalam kali pertama. Sedap Sup. Tu nama restorannya. Bangunan kaler merah gelap nak dekat maroon kat Taman Universiti, Skudai. Letaknya kat deretan kedai bertentangan dengan restoran Pak Ali, restoran yang agak besar jugak lah, dekat-dekat dengan Bank Rakyat Taman Universiti.


Restoran ni baru je lagi, ganti restoran Sup Utagha dulu. Masih dengan tema sup, kali ni owner dia bawak tema sup pantai timur katanya. So, supnya jernih sikit. Tu saya pasang telinga la masa dia gitau customer meja sebelah. Hehehe. Kat sini ada macam-macam sebenarnya. Bukan sekadar sup saje. Semalam saya datang sini makan nasi campur, ambil tiga lauk dengan air sekali RM 5.50. Kawan saya kena RM 5.00.


Hari ni saya nak try nasi ayam dia pulak. Tu nasi ayam dia, macam dalam gambar. Sedap sup dia. Harga RM 4.00. Sekali dengan air limau suam sebab saya sakit tekak yang teramat sangat, maka kena RM 5.00. Kawan saya order sup daging macam dalam gambar kat atassss sekaliiii. Sekali dengan nasi putih, sayur sikit dengan sambal belacan RM 5.50.

Murah kannnnnnnnnn??? Harga ni kira ok lah bagi saya untuk sebuah restoran yang agak besar dan suasana dia yang bersih dan kemas. So, ape lagi~ Kalau berminat nak try, boleh la gi restoran Sedap Sup~~~


Kitorang selalu pilih tempat duduk yang dekat dengan poster kat atas ni. :p
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

5 Comments

  1. huwaaa
    x merasa dh la sy
    x dok jb dh
    wuwuwuwu :((

    ReplyDelete
  2. murah dan sedap.mmg berbaloi dik sunah

    ReplyDelete
  3. ooooooooooooooooooooooooooo....ni yg kes jadi "bruupppp" tu tadi...huhu

    ReplyDelete
  4. Hi Sakura...berjalan2 kaki nengok blog2 orang lain dan terjumpa blog nih...menarik entry2 sini....saya belum sampai lagi restoren nih kat skudai tapi nak kene terjah sup dia nampak gaya hmmm.....blog saya baru je buat 4 bulan lepas cakap pasal tempat2 makan kat area JOHOR (dan lain2 jugak)jadi sakura jenguk la yer kat www.blogmakanbest.blogspot.com dan kalu bolih register la follower yer baru meriah skit hehe maklumla blog baru nih kesunyian skit TQ TQ TQ

    ReplyDelete
Previous Post Next Post