Assalamualaikum dan selamat hari Isnin!
Petang-petang macam ni ada tak yang mengidam laksa penang? Kalau ada, meh nak recommend Laksa Tempurung, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Haa..pernah tak makan laksa dalam tempurung kelapa? Bukan tempurung plastik tau! Ini betul-betul tempurung kelapa punya!
Aik, tak tergolek ke tempurung kelapa kalau bubuh atas meja???
Dak aihhh!
Ini inovasi tempurung! Takkan tergolek punyaaa, insya'Allah! Hihihi.
Sebenarnya da lama sangat kami pergi mencari laksa tempurung ni. Masa awal-awal pindah ke Padang Serai dulu. Tapi baru hari ni nak cerita. =_="
Laksa Tempurung Teluk Kumbar ni korang boleh cari melalui Waze. Memang dah ada dalam tu sesiap. Jalannya menuju ke arah balik pulau sana ha. Tapi gerainya tepi jalan saja. Senang nampak. Siap ada parking lagi kat dalam untuk para pelanggan. So, jangan risau kalau nak bawak kereta ye.
Parking tepi jalan Laksa Tempurung, Teluk Kumbar |
Gerai ni buka belah petang, jangan pergi pagi-pagi tau, nanti korang pulak yang kena jual laksa kat situ. Hahaha. Dan menu yang disediakan bukan sekadar laksa dalam tempurung semata-mata. Ada juga cendol dan ABC serta minuman sejuk.
Menu di Laksa Tempurung, Teluk Kumbar |
Kat sini, korang kena layan diri ye. Pergi order sendiri kat kaunter dia, jangan tunggu dia datang amek order. Kalau tak, sampai esok la order korang tak sampai-sampai. Masa tu, kami order laksa, cendol pulut dengan ABC.
Mohon layan diri ya |
Masa tengah tunggu order sampai ke meja kami, datang la seorang budak lelaki. Bukan nak minta derma, tapi nak bubuh alas tempurung. Ha, diorang pakai buluh paip tu untuk stabilkan tempurung. Sebab tu la tempurung tak tergolek. Bijak kan?
Alas tempurung menggunakan buluh paip |
Sekejap je kami order, da sampai laksanya. Mungkin sebab customer tak terlalu ramai. Baru je bukak gerainya masa kami sampai. Sedap gak laksa dia. Kena dengan tekak saya dan adik bongsu saya. Adik bongsu saya tu jenis susah nak masuk laksa, yang ni dia boleh makan katanya. Alhamdulillah. Suami pun kata ok.
Mungkin feeling dalam tempurung tu kot, rasa special aje. Hahaha. Cendol dan ABC dia pun sedap! Tapi tak amek pulak gambar ABC. Pffft.
Mungkin feeling dalam tempurung tu kot, rasa special aje. Hahaha. Cendol dan ABC dia pun sedap! Tapi tak amek pulak gambar ABC. Pffft.
Laksa Tempurung dan Cendol Tempurung, Teluk Kumbar, Pulau Pinang |
Harga memasing pun sangat berpatutan. Harga standard dalam RM 2.00 - RM 3.00 je setiap tempurung tu. Boleh lah korang datang bawak ahli keluarga ramai-ramai ye! ;)
Lain kali dtang penang, nak pergi pekena laksa tempurung nie....saya selalu mencari mee udang jer klau ke teluk kumbar ini.
ReplyDeleteAssalam. Menarik! Boleh cuba nanti kalau ke penang. 😊
ReplyDelete