Maaf, gambar kek lapis yang ini belum ada, terlupa pula untuk mengambil gambarnya yang telah siap. Tapi, seriously kek lapis ini memang sedap. Rugi kalau tidak mencuba. Pastikan menggunakan Coklat M&M, kalau tiada, gunakan cip coklat cahaja. Walaupun dalam resepi ada dinyatakan almond, sebelum ini saya tidak pernah menggunakan almond. Anda boleh sahaja mencuba untuk meletakkan almond seperti di dalam resepi.
Bahan-bahan:
8 biji telur (disejukkan)
200 g @ 1 ½ gelas tepung Hong Kong
200 g @ 1 gelas gula halus
1 sudu makan ovellate
16 oz mentega
4 sudu makan susu manis
Sedikit vanilla
3 bungkus coklat M&M (asing ikut warna)
Almond secukupnya (dibakar sekejap dan dicincang)
Cara membuatnya:
Mentega, susu dan vanilla dipukul hingga putih. Telur, gula, tepung dan ovellate dipukul hingga pekat dan putih. Gaul kedua-dua adunan tadi hingga rata, kemudian dibahagi kepada lima bahagian. Warnakan oren, coklat, merah, hijau dan kuning.
Cara melapis:
Mulakan dengan lapisan warna oren (guna senduk nasi) dan susun coklat yang berwarna oren dan tabor almond cincang dan bakar menggunakan api grill dengan kepanasan 180-200 darjah. Sesudah masak lapis lagi warna seterusnya dengan cara yang sama.

Tags:
kek lapis
walaupun tak ada gambarnya...tapi DeQdEq mcm boleh rasa kesedapan kek ni....yummy...
ReplyDeleteakak, yang ni memang sedap! selalu habis cepat!
ReplyDeleteteringinnya nak makan...sunah buat la...bagi akak sikit...hehehh
ReplyDeleteaiyok..akak la wat~ hehehe...coklat m&m ni susah benor nak carik kat sarawak..kena beli dari semenanjung baru leh wat~ hehehe
ReplyDeletelaa...ye ke...ssh nk cari m&m kt sarawak....siannya...
ReplyDeletenk akak buat ntah bila la...
buat sendiri ke kek lapis tu?
ReplyDelete@Yaati Nor
ReplyDeleteha'ah...:)