Menu

Fettucine Carbonara


Alaaa... Ulang tayang lagi kannn? Wellll~ Dah namanya anak buah Che Mat Gebu, so sama jugak lah macam Pak Cik Mat, ceq pun boleh ulang tayang gak kan??? Tapi tak sama okehhh! Kali ni ada lain sikit dalam resepi. Ceq tak guna susu segar, sebab kat rumah takde, ade susu sejat je. Cer tengok resepi...

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 sudu besar mentega/marjerin
1 tin Campbell Mushroom Soup Classic
1 cawan susu sejat
3 keping cheese
dada ayam didadu
1 sudu gula
sedikit garam
Fettucine (sediakan macam kat SINI)
serbuk daun parsley
serbuk lada hitam
serbuk oregano

Cara-cara membuatnya:

Amek sikit mentega, letak dalam periuk, then panaskan.
Agak-agak dah cair dan naik bau, masukkan bawang putih tadi. Goreng sampai kuning baru masukkan ayam. Bila da masak, angkat. Tutup api ye.
Lepas tu, masukkan Campbell Mushroom Soup Classic ke dalam periuk tadi, masukkan gak 1 tin air (guna tin sup campbell tu). Bukak balik api ye.
Kacau sampai hancur & tak ketul-ketul da~
Then masukkan cheese.
Bila da cair, masukkan susu sejat, gula 1 sudu dan sedikit garam.
Lepas tu masukkan lak ayam yang dah digoreng awal tadi tu...
Da masak~~~

Masa nak hidang, tuang sos atas fettucine, taburkan serbuk daun parsley~ Jom tengok gambar lagi sekali.


Ceq kata:
Guna susu sejat pun okehhh, sedap!

3 comments:

UNA budak BAEQ said...

phewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww !

dr jauh rsa mcm creamy jeh . slurpp

Muslimah Optimis said...

waaaaaaaaaaaa..sedapnyaaaaaaaa....huhu....lapo ni

~CiK TiNieY~ said...

nak nak!

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats