Monday, November 28, 2011

Kek Lapis Mocha Pandan Untuk Kak LM


Alhamdulillah. Kek lapis ni sebenarnya tempahan oleh blogger kak Lydia Miza. Dia tempah untuk pos kepada bondanya. Saya beli bahan-bahan kek ni hari Sabtu lepas, dan mula membakar siang tadi. Resepi ni saya amek dari blogger chef Dayang Jack, tapi saya ubah guna loyang 7" X 7". Meh kita semak resepi dia ye.

Bahan-bahan:

10 biji telur gred A
500 g mentega berkualiti tinggi
300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
150 g gula kastor
100 g serbuk horlicks
150 g serikaya
300 g susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe.
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
  8. Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis.
  9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Cara-cara menyimpan kek: Alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yang bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.




Saturday, November 19, 2011

Sarapan Kaya-Raya... Pastri Pokok Duit


Pagi ni perut lapar meminta-minta makanan. Da lama tak berasap dapur tu sejak bizi beberapa hari lepas. Sambil-sambil baring main dengan Cici, fikir-fikir la ape nak masak. Dengan benda-benda yang ada kat dapur tu, ape yang boleh dibuat ek? Ade pastry, ade sosej...ermmmm...bukak la blog Pak Cik Mat. Cari benda paling simple sekali. Ha! Jumpaaa...kaya la kalo buat benda tu~ Sebab nama pun Pastri Pokok Duit. Ada banyak duit yang akan terhasil. Hahaha~ Boleh rujuk SINI kalo nak tau secara detail cara-cara nak buatnye. Meh semak resepi.

BAHAN-BAHANNYA:

4 batang sosej
4 keping puff pastry jenama KAWAN, bersaiz 4 inci x 4 inci
Kuning telur untuk disapu
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Sos untuk mencicah

CARA MEMBUATNYA:

  1. Puff pastry dibiarkan lembut sedikit, tabur tepung atas meja kerja, ambil sebatang sosej dan ukur dengan puff pastry tadi, canai sedikit puff pastry sehingga sama panjang dengan sosej. Letak sosej di tengah-tengah puff pastry dan lipat dua, kemaskan hujung puff pastry.
  2. Kerat hingga putus sosej yang bersalut dengan puff pastry tadi sebanyak lapan bahagian sama besar. Kemudian tolak kan satu potongan ke kanan, dan satu lagi ke kiri, buat keadah sama untuk potongan yang lain sehingga mendapat bentuk seperti dalam gambar di SINI.
  3. Buat hingga semua siap dan susun atas dulang pembakar. Sapu sedikit kuning telur dan jika suka boleh tabur sedikit lada hitam dan serbuk oregano. Bakar pada suhu 200C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan bersama sos kegemaran.

Sedap, mudah dan comel sekali~




Wednesday, November 09, 2011

Laksa Kelantan dan Kek Coklat Solo Molo


Sempena raya haji hari tu, sempat jugak berziarah ke rumah kawan usu kat Putrajaya. Kawan usu tu orang Terengganu, isterinya pulak orang Kelantan. First time makan laksa Kelantan. Dan biasalah, kat Semenanjung ni laksa dia guna isi ikan. Lain dengan laksa Sarawak yang guna air rebusan ayam dan udang. Saya dapat kongsikan gambar dia aje la ye, resepi dia lupa pulak nak mintak hari tu. Hehehe...


Lepas tu, dapat pulak Kek Coklat dari sorang rakan blogger ni. Blogger Solo Molo, penjual kek coklat dan cupcakes~ Ehehe... Kek coklat dia ni sangat gebu dan lembut. Berbeza dengan kek coklat moist yang saya buat sebelum-sebelum ni, blogger Solo Molo guna soda bikarbonat dalam kek dia, so kek jadi lebih mengembang, berongga dan gebu. Kalau macam yang saya buat tu, kek dia padat. Haa...tu beza dia, ok? Nak tau resepi Kek Coklat blogger Solo Molo ni? Cer tanya dia eks... Nak buat tempahan pun boleh juga. :)

P/S: Dia pernah bagi resepi dulu, tapi dalam inbox FB. Lembab pulak internet ni. Asyik loading aje inbox tu dari tadi. Huhuhu.




Thursday, November 03, 2011

Jom Sarapan... Sandwich Telur Aje...


Ni kira rajin ke malas? Pagi-pagi perut rasa lapar sebab semalam tak makan. Tak larat dan penat. Balik-balik je terus tido. So pagi ni kena makan sebab berat badan semakin menurun dengan bahayanya. Eh, betul ke ayat penguat ni? Tak kisah lah. Yang ni simple aje, kalo saya tak letak resepi pun takpe kan? Err.. Ok ok... Saya guna bahan-bahan macam kat bawah aje.

Bahan-bahan:

2 keping roti
1 biji telur ayam (digoreng hancur)
mayonis
sos cili

Cara-cara penyediaan:

  1. Sapukan mayonis kat sebelah roti, letak telur goreng hancur kat atas sapuan mayonis tu.
  2. Sapukan sos cili pada sebelah roti yang lain. Then lengkapkan sandwich.
  3. Kalo ade salad atau timun atau tomato, mesti lagi best kan?




Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.