Kek Batik Horlick... Derhaka Lagi?


Teruja! Siang tadi tiba-tiba mengidam nak makan kek batik. Tapi kat rumah takde vico dan koko. Cakap-cakaplah dengan Kak La, tiba-tiba nampak Horlick. Err, mesti menarik kan kalo kita try guna Horlick pulak~ Sebelum ni pernah buat kek batik kat SINI, jadi resepi lebih kurang je, cuma tukar Vico kepada Horlick. Jom tengok resepi~

Bahan-bahan:

300 gram biskut marie, dipatah 4
125 gram mentega
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan Horlick
1/4 cawan air
2 sudu gula

Cara-cara Membuatnya:

  1. Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali biskut marie dan mentega, dalam kuali, kacau dengan garpu hingga semua sebati.
  2. Kemudian, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  3. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata-rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  4. Tuang dalam loyang bulat yang telah dialas dengan plastik (saya guna springform tin), tekan adunan tadi padat-padat dan biar hingga hilang wap panas.
  5. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.

Alhamdulillah. Cantik pulak jadinya... Pandai Kak La~~

Ceq kata: Lain kali nak tukar kepada biskut marie coklat, lepas tu guna susu tepung saje. Hahaha~
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

16 Comments

  1. salam ziarah...wow! best2! mesti rasa lain drp yg guna milo tu.leh try ni...

    ReplyDelete
  2. rajin memasak nmpak

    hehe

    sedap ke? blom cube ag ni

    ReplyDelete
  3. @nuwairani ismail

    yup~ dan rasanya pun tak kurang sedapnya dengan yang milo tu..

    ReplyDelete
  4. @Miss Ran

    saya memang rajin memasak...ahahahahha~

    ReplyDelete
  5. projek hr ni kot?sbb nak abiskan horlick.tq adik cumil

    ReplyDelete
  6. eh ni pun blog sunah ke?
    nape baru tawu? demmm...-.-'

    bleh la copy paste resipi kat sini nanti..;D

    ReplyDelete
  7. Sedapnye... nanti nak cuba buat lah..
    Banyak sachet horlicks yang dipulangkan oleh anak Kak Noor yang belajar di U hari itu. Daripada terbiar begitu sahaja, baik Kak Noor cuba resepi ini. Mohon kongsi resepi ye... nanti Kak Noor letakkan di blog Kak Noor. Thanx.

    ReplyDelete
  8. hebatlah resepi2 kat sini ya..tq so much besar imbalan pahala..sesungguhnya ilmu memasak tu anugerahNya ya

    ReplyDelete
  9. owh tak pernah terpk pun nak guna holick..leh cuba ni..selalu guna milo je..thanks sharing

    ReplyDelete
  10. @Amin Sabri

    untuk kek batik ni sis suka guna buttercup saje..

    ReplyDelete
  11. Loyang size berapa utk adunan ni sis?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post