Kek Lapis Red Velvet?
Belum ramai yang mencuba, tapi ada juga yang sudah melopori. Yang biasa dan selalu orang dengar, Kek Red Velvet. Saya pun, ternampak kek ni secara tak sengaja beberapa minggu lepas. Masa tu tengah survey kek lapis baru untuk dijadikan menu dalam senarai kek lapis Selera Sakura. Belek-belek gambar kek lapis kat google, nampak kek lapis yang sis Sury Abil buat tahun lepas ni. Alhamdulillah, terus tergoda dan nak mencuba.
Kek lapis ni unik bagi saya sebab guna yogurt dalam bahan-bahan dia. Mungkin nak bagi rasa yang hampir-hampir menyamai rasa kek red velvet yang sebenar. Bila kek da sejuk sikit, saya keluarkan dari loyang. Cantik warna merah yang terhasil, memang macam kek red velvet dah. Bila potong, boleh nampak dah betapa moistnya kek ni. Dan terbukti bila dah masuk mulut. Perghhhh! Rasa cheese dan masam-manis yogurt diaaaa!
Menawan dan mempesonakan.
Tu saja boleh kata. Haha. Bahaya ni, boleh naik saiz lilitan pinggang dan paha kalau macam ni. Cepat-cepat lah kita jual! Hahaha~
Ok, ok! Jom tengok resepi!
Resepi: Sury Abil
By: Sunah Sakura
Saiz loyang: 8" x 8"
Bahan-bahan:
Adunan merah
250 gram mentega (saya pakai Anchor)
5 biji telur ayam gred A
235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
2-3 sudu makan serbuk koko
175 gram gula kastor
150 gram susu pekat manis
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)
1 sudu teh ovallette
pewarna merah
Adunan Cheese
500 gram cream cheese
3 biji telur ayam gred A
120 gram gula kastor
sedikit esen vanila
Cara-cara membuatnya:
- Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.
- Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.
- Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis.
Selamat mencuba!
sunah, nak tanya.. lepas dah bakar 3 lapisan pertama adunan merah, masukkan adunan cheese kan? tu nk kena masak dulu ke? baru letak lapisan merah? ke macam mana?
ReplyDeleteMenariknya, klu guna yogurt plain boleh ke
ReplyDeleteSexy!
ReplyDeleteAkak suka akak suka!!! Nk copy nnt nk buat. Ada cheese mmg syok. Setengah loyang akak leh mkn sorang
@Syarifah Nornazrah Al Yahya
ReplyDeleteaha, kena bakar dulu lapisan cheese, jangan sampai hangus tau....then baru masukkan lapisan merah pula...
@Tina Othman
ReplyDeleteboleh...tapi rasanya sedikit berbeza lah.. :)
@Lydia Miza
ReplyDeletekak LM..hahaha...bolehhhhhhh...sila makan sorang kalo takmo diet!!! :p
@Linda
ReplyDeleteaha..sedap2..lagi2 bila lepas keluarkan dari loyang...masa tengah suam2...
Kalau pakai telur gred b,kna brapa biji?
ReplyDeletesalam. lapisan cheese tu nak bakar berapa minit n pakai api atas jgk ke or atas bwh? tqvm
ReplyDeleteila
@Anonymous
ReplyDeletebakar guna api atas sahaja sampai keperangan..jangan sampai hangus...
Waa, ada kek lapis red velvet pula... mesti sedapp ni...
ReplyDeleteOoo, adunan merah dan putih lain2 ye... :)
Asslm sunah...tqvm sudi mencuba..semalam pun sy buat gak kek ni utk open house.
ReplyDelete@Sury Abil
ReplyDeletewa'alaikumussalam sis...mekasih datang ke blog..hihi...alhamdulillah kek ni sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai customer...tapi kek ni tak berapa tahan lama kalau di luar peti ais kan...sebab adanya cheese dan yogurt dalam kek rasanya...
Salam..agak2 nya berapa lama kek ni boleh tahan ya? Sampai ke 3-4 minggu?
ReplyDelete@Eliza Nojin
ReplyDeletewa'alaikumussalam...kalau sentiasa simpan dalam peti ais, boleh tahan lama...kalau tak simpan dalam peti ais, tak lebih seminggu...sebab ada kandungan cheese...
Assalam..mohon share sis
ReplyDeleteHi kak..sedap kek..nk tanya, kalo telur gred b nak letak brp biji?
ReplyDeleteHi kak, nak tanya kalo telur gred b nak letak brp bji yer? Tq
ReplyDeleteXpaham la bab bakar tuuuuu
ReplyDeleteIn shaa Allah..Raya ni cuba..tq for sharing..
ReplyDelete