Pelbagai Menu Kambing Setiap Hari di Bukit Gambang Resort City

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Eh eh dah lama benar saya tak update blog ni kan? Aduhai. Disebabkan saya dah tukar akaun google, dan baru-baru ni aje merge blog yang ni ke blog peribadi, baru hari ni lah saya berpeluang nak update blog ni. Tapi bukan update resepi tau. Nak share menu yang saya makan selama tiga hari dua malam di Bukit Gambang Resort City minggu lepas.

Saya rasa menarik nak kongsikan sebab jarang saya jumpa hotel atau resort yang jamu menu kambing setiap hari kepada pengunjung. Eh, macam lah saya ni selalu sangat pergi hotel kan. Padahal baru berapa kali aje. Hahaha. Entah-entah semua hotel jamu kambing setiap hari. Saya je tak perasan. Hahaha. Lantak pi lah ya.

Meh tengok menu kambing yang disediakan di Bukit Gambang Resort City!

Lunch day 1- Lamb with Black Pepper

Lunch Day 2 - Kurma Kambing

Dinner day 2 - Grilled Lamb Shoulder Mint Sauce

Lunch Day 3 - Lamb Varuval

Nah, kan hari-hari makan kambing. Hahaha. Sedap-sedap masakannya. Memang teruja saya nak makan sebab saya sangat menggemari kambing bakar. Bila jumpa masakan kambing yang berbeza, memang nak rasa semuanya.

Saya suka kalau masakan kambingnya masih ada bau kambing sedikit. Tak terlalu kuat sehingga kita rasa tak dapat nak telan lalu rasa pening sebab bau hamis kuat sangat. Haha. Masih ada sikit-sikit hint bau kambing tu yang buat masakan jadi umphhh!

Korang pulak macam mana?

P/S: Nak tahu apa yang saya buat di Bukit Gambang? Jemput baca kat SINI.

1 Comments

Previous Post Next Post