Chicken Meatball Bolognese Restoran Lemon Tree Johor Bahru



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lima bulan ye blog ni menyepi tanpa kata. Hahaha. Maaf lerr, da lama tak masak tu ye, da fokus lebih kepada blog utama tu pun ya jugak. Disebabkan dah banyak kali makan kat sebuah restoran kat area Johor Bahru ni, baru lah dapat update kat sini.

Pernah dengar restoran Lemon Tree? Ownernya Chef Jeffery Bong, ada 10 cawangan di sekitar Johor Bahru ni. Saya makan kat sini untuk kali ketiga semalam masa lunch break dari seminar kat area JB. Alang-alang dah dekat, saya ajak la kawan try makan kat cawangan pertama restoran ni di Taman Melodies.

Mulanya berniat nak makan nasi goreng special JB, tapi masa kami sampai tu 12 tengahari, nasi tak masak lagi. Jadi, saya pilih menu Chicken Meatball Bolognese ni. Sebelum ni pernah juga makan kat Taman Setia Eco Cascadia punya branch. Memang sedap. Kat sini pun sama juga kesedapannya. Kawan cakap, kalau lagi masam, lagi sedap. Tapi buat saya, dah ok sangat dah rasa dia ni. Alhamdulillah.

Harga makanan kat sini lebih kurang macam kat SDS, tapi murah sikit dan portionnya besar. Memang puas makan. Kalau korang nak try, boleh la waze aje restoran Lemon Tree yang berdekatan dengan korang.

Restoran Lemon Tree

(No Pork, No Lard, No Alcohol)

Rujuk SINI untuk sijil HALAL supplier

Waktu operasi:
11:00 am -10:30 pm
Setiap hari

Facebook:

Instagram:

No comments