Ais Kacang Special... Awiet Corner...


Ok, maaflah sebab gambar tak berapa cantik ye. Pakai kamera henset murah aje. Semalam gi mencarik ABC dengan housemates tersayang yang ketensionan dengan kerja. Mula-mula nak makan ABC kat Taman Universiti, depan Old Town tu, tapi tutup pulak. Maka, setelah bincang-bincang dengan yang lain, kami pun pergi la ke Larkin Bomba. Ehhh? Bomba pun ada Larkin ke? Hahaha... Tak lah... Nama tempat ni da memang macam ni. Kedai ni letaknya depan Balai Bomba dan Penyelamat Larkin. So, kalau gi makan, nampak la abang-abang bomba yang hensem ye. Eh, tak, tak! Abang-abang bomba tu macam da kawen je semua. Mungkin sebab tu housemate saya tak terpikat kan. Ops~ Nextttttt!

Carik kedai ni okehhh

Siap ada nombor tepon untuk tempahan

Ais jagung pun ada juga

Ais Kacang Special ni harga dia RM 4.00. Rasanya sedap la jugak, sesuai dengan harga dia tu. Ais jagung ni pulak harga dia RM 3.00. Kak Ila yang order ais jagung, tapi dia kata tak berapa sedap sangat. Err...cer try yang kedai belah-belah sana la eks kalo nak ais jagung.

Ada makan-makan sikit gak, order kedai sebelah Awiet ni je. Gerai Nurfifin. Yang sedap kat sini Chicken Chop dia tu kot no. Ada macam-macam chops yang lain gak, fish n chips, lamb chop pun ade. Chicken Chop dia harga RM 11.00. Sedap gak!!!

Nampak menu lain kat atas tu?

Chicken Chop sedap yang berasap-asap bila sampai kat meja kamu

Okeh, lenkali kita review tempat lain pulak ye~ Daa~~
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

2 Comments

  1. Nampak! Nampak! Nampak Abang Bomba.. baju oren tu eaaa hik3.. saja gurau Sunah ;-)

    Sunah penah makan ABC kat Kg Melayu tak? Kalau belum boleh try.. Best gak kt situ.. Depan Pejabat Pos.. kalau nak turun sini boleh bagitau.. Oh Oeya belanja :)

    ReplyDelete
  2. perghh teempat favourite ibu tau.Ibu nureyz suka gila pergi sana. ABC dia terbaek tau.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post