Balik petang tadi terus buat ni. Sama kan macam fettucine hari tu? Nama sama, guna sos sama, tapi tukar sikit cara memasaknya. Derhaka skit-sikit, takpe kan? Ok lah, jom tengok resepi.
Saiz: 2 orang
Bahan-bahan:
3 cekak spaghetti (disediakan macam kat SINI)
1 tin sos Alfredo Portobello
1 tin air (guna tin sos Alfredo portobello)
2 batang sosej (dihiris bulat-bulat)
1 keping keju
1/2 cawan susu segar
2 sudu mentega
1 sudu gula
sedikit garam
sedikit serbuk daun parsley
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan kuali, masukkan mentega. Bila mentega cair sikit, masukkan sosej dan goreng hingga masak. Tutup api. Ketepikan.
- Masukkan sos Alfredo Portobello ke dalam kuali tadi bersama 1 tin air. Buka api dan gaul sos hingga tidak berketul-ketul.
- Bila da mula mendidih, masukkan susu segar dan gaul rata.
- Masukkan keju, gula dan garam, gaul lagi sampai pekat.
- Akhir sekali masukkan sosej tadi, dan gaul rata-rata. Dah masak, tutup api.
- Bila nak hidang, tuang sos ke atas spaghetti dan tabur serbuk daun parsley.
Ceq kata: Rasa cendawan dia agak kuat berbanding carbonara.
Tags:
pasta
aduhh lapar ni dik.minta sepiring dik!
ReplyDeletesedppnyaaaa
ReplyDeleteda lma nk cari resepi ni.. thx.. ^^
ReplyDeletebtw, keju tu keju apa ea?
ReplyDelete@fa
ReplyDeleteakak guna cheesedale... :)
Salam Sunah...waaaahhh x tau lak dah ada dapur eh...hehheee...rajin2 masak k...leh ganti akak nnt...akak nak bersara dah..haha
ReplyDelete@Ummi
ReplyDeletesalam kak ummi..
terima kasih datang ke dapur usang ni...takde ape pun kat dapur ni... huhuhu..