Sosej Lagi... Bukan Ala Teriyaki Sudah!


Ampun ye Pak Cik Mat sebab derhakakan resepi Pak Cik Mat sampai gitu sekali. Hahaha~ Sebenarnya sebelum ni Pak Cik Mat pernah bagi link kat SINI, Sosej Ala Teriyaki yang dia buat. Tapi disebabkan bahan-bahan kat rumah tak secukup kat Tesco rumah Pak Cik Mat, maka terjadilah penderhakaan luar biasaaaaa! Erk! Ok jom semak resepi simple ni~

Bahan-bahannya:

3 batang sosej, kerat kecik-kecik comel macam dalam gambo
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah*
1 cm halia* (bahan * ditumbuk lumat)
3 tangkai cili padi dititik
2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap
1 camca besar sos tiram
Sedikit minyak
Sedikit serbuk lada hitam
Serbuk parsley untuk hiasan

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk lumat bersama cili padi sampai naik bau.
  2. Masukkan sosej dan goreng sebentar.
  3. Masukkan semua jenis sos dan kicap, masak hingga pekat dan kering. Tambah serbuk lada hitam dan masak sekejap sahaja.
  4. Alih dalam pinggan dan hias dengan taburan serbuk parsley.
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

1 Comments

Previous Post Next Post