Kek Lapis 16 September


Alhamdulillah.

Tertunai jugak hasrat di hati nak buat kek lapis ni. Mulanya, nak buat pada 31 Ogos yang lepas, tapi disebabkan kekangan masa dengan tempahan untuk rumah-rumah terbuka, maka terpaksa ditangguhkan dulu. Dengan izin Allah, pada Hari Malaysia ni, berhasil jugak kek lapis yang ada rupa-rupa bendera Malaysia ni. Hehehe. Nak letak nama Kek Lapis Jalur Gemilang, dah ada da sebelum ni kek lapis yang tu. Kalau Kek Lapis Merdeka tak sesuai pulak sebab bukan Hari Merdeka (Sarawak ye la merdeka hari ni). Kek Lapis Hari Malaysia tak best betul bunyinya. Err...actually ok je kan? Saja je mengada nak letak tarikh pulak aihhh. =.=

Meh la kita tengok resepi ni ye~

Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

Bahan-bahan:

500 gm mentega
150 gm gula
1 sudu besar ovellatte
10 biji telur gred A
1 tin susu pekat manis
260 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks
50 gram jem blueberry
50 gram jem strawberry
1 sudu teh perisa blueberry
1 sudu teh perisa strawberry
1 sudu teh perisa pisang/mangga/nenas
1 suduh teh perisa vanilla
pewarna biru, merah, dan kuning


Cara-cara Membuatnya:
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (1) Biar warna plain dan dimasukkan perisa vanilla. (2) Letak pewarna merah, jem strawberry dan perisa strawberry. (3) Letak pewarna kuning dan perisa pisang/mangga/nenas. (4) Letak pewarna biru, jem blueberry dan perisa blueberry.
  5. Panaskan oven pada suhu antara 175-200 C (ikut kepanasan oven masing-masing).
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yang telah disapu mentega pada dasarnya sahaja dan dialas baking paper, mulakan proses membakar.
  7. Bakar adunan biru selapis-selapis hingga habis, diikuti dengan adunan kuning juga selapis-selapis hingga habis. Kemudian, bakar adunan merah berselang-seli dengan adunan plain selapis-selapis juga hingga habis.


Nota:

  • Setiap lapisan menggunakan 5 sudu besar. Untuk mendapatkan lapisan yang sama tebal dan teratur, kita harus menepati sukatannya. Kalau pun ada lebih adunan, biarkan dan jangan digunakan.
  • Tekan-tekan setiap lapisan yang telah masak dengan sudu atau penekan kek untuk hilangkan ruang udara.
  • Pastikan hanya dasar loyang yang disapu dengan mentega (jangan sapu di sisi-sisi loyang) untuk mengelakkan pembentukan ruang udara yang menyebabkan kek beralun dan tidak sekata.
  • Untuk lapisan pertama, gunakan api atas dan bawah. Manakala lapisan seterusnya hingga lapisan terakhir guna api atas sahaja.
  • Untuk lapisan terakhir, bila dah keperangan, tukar api atas dan bawah dan bakar lagi selama 10 minit untuk memastikan kek benar-benar masak.

P/S: Pewarna biru saya tak berapa nak biru.
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

7 Comments

  1. Sdpnya....klu org jauh ni nk tmph bleh x sunah? ;)

    ReplyDelete
  2. @Sue Saari

    insya'Allah boleh kak..cuma kena ada kos pos...hehe

    ReplyDelete
  3. kek lapis satu malaysia nampak???

    yang ni tak rasa lagi kan?? bila nak hantar kat UDA?? hehehehe... yang aritu pon ida ngan hubby je yang abeskan.. tak rela nak bagi kat orang.. ngeee :)

    ReplyDelete
  4. Kek lpis apa yg pkg sedap ekk sunah??

    ReplyDelete
  5. @Ida Firdausi

    insya'Allah sok kite bawak k..hehe..ni buat pun sebab ingat sok nak gi umah sis...

    ReplyDelete
  6. @Sue Saari

    yang paling sedap tu tak tau yang mana satu, semua sedap..haha...tengok tekak masing2..tapi raya hari tu hot sale kek lapis pandan choco berry, kek lapis cadbury dengan kek lapis tentang dhiya...kek lapis mocha pandan pun sedap dan cantik juga...kalo suka kismis dan mix fruit, ade kek lapis buah... :) leh rujuk http://selerasakura.blogspot.com/2012/07/nak-tempah-kek-lapis-untuk-syawal-akan.html

    ReplyDelete
  7. Sedap kek ni, baru semalam makan dn juga hidangkan pada tetamu..terima kasih sunah atas pemberian..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post