Strawberry Cheesecake...

بسم الله الرحمن الرحيم



Menggatal? Memang! Geram dan mengidam! So, buatlah cheesecake ni. Dah depa duk buat ja, ceq pon nak buat gak! Resepi asal kat SINI. Derhaka tetap ada...meh semak resepi.

BAHAN-BAHANNYA:

200 gram biskut marie
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
6 biji strawberry segar, kisar halus
1 camca teh strawberry emulco
6 biji strawberry segar, didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (ceq guna jenama NONA)
125 ml air suam
2 cawan whipped cream
Strawberry segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA:

  1. Biskut marie ditumbuk halus, kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat-padat. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree strawberry, dan juga strawbeyy emulco tadi, putar rata. Kemudian, masukkan whipped cream ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal dibancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buah strawberry yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah strawberry dan hidangkan..

Pak Cik Mat kata, masa nak keluarkan kek dari tin, basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin kek tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Lagi satu, bab gelatin tu...nak bagi dia betul-betul larut, rendam bekas untuk membancuh gelatin dalam air panas sambil mengacau gelatin yang dicampurkan dengan air suam kat dalam bekas tu.

Erm...ceq guna tin kek 9 inci, jadi kek agak nipis dengan acuan besar tu. Cheesecake yang ni sebenarnya tak berapa nak jadi, tapi nak kongsi jugak. Lenkali, nak buat lagi...walaupun ade orang tu gelakkan. Huh! BELAGAK!

Ceq kata: Sedap gak eh walopun tak bape nak jadi...

Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

10 Comments

  1. terliurnyer.....tp semua bhn takda la pulak.cisssssss.tahniah dik berjaya buat dgn cun

    ReplyDelete
  2. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    cun je kak..huhu...tak bape nak jadi gak ni...akak try la wat gak~ :)

    ReplyDelete
  3. weeee wittttt balik nnt nak kena try buat la...jeles+teringin! hahahha

    ReplyDelete
  4. pheeewwwiitttt!!!!! waaaaaaa....donat tak lepas2 lagi ni

    ReplyDelete
  5. @putERi-kAtEk

    ha, cepat2 buat...da bulan mei da ni...

    ReplyDelete
  6. xputar whipped krim asing eh?

    smela kite..npis skit

    ReplyDelete
  7. @Miss Ran

    tak, sebab guna whipped cream, bukan whipping cream...

    whipped cream da siap putar da...:)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum cik mat..tima kasih kerana berkongsi resepi...
    sy da try wat kek ni tp knapa dia mencair klau dibiar pd suhu bilik ye. minta nasihat..tima kasih

    ReplyDelete
  9. @ IMA - salam, saya tak pasti pulak, tapi kan, gelatin tu anda guna 1 1/2 camca besar kan?..dan dah beku betul2 ke masa dikeluarkan dari tin?..selalunya kalau betul gaya, insya allah ia takkan mencair, KECUALI jika kita letak dekat berdekatan dengan haba panas...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post