Moist Mocha Cake - Kek Mocha Lembap


Alhamdulillah...

Berjaya jugak buat kek ni semalam, lepas berminggu-minggu teringin nak buat. Tengok pulak mentega dalam peti ais yang banyak lebih lepas buat kek lapis hari raya lepas, makin la berkobar-kobar nak baking. Walopun pemutar pada mesin mixer tu da patah besi dia kannnnnn!!! (Ade tak kedai yang jual besi mixer saje??? Nak yang tu je!) Nasib bek ade mixer housemate, boleh la pinjam sekejap sebelum dia pindah balik kampung halaman. =.="

Kali ni, lebih kurang je sebenarnya dengan Kek Coklat Lembap, cuma ubah satu bahan je, nescafe kepada coffe emulco. Meh tengok resepi!


Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura

BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
125 gm mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh coffee emulco*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :
100 gm coklat masakan
100 ml susu cair)
1 camca teh mentega
Coklat urai berwarna-warni

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Lenser loyang berukuran 7 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan pes mocha hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam loyang. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan susu cair dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi sebelum ditabur dengan coklat urai.


Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

5 Comments

  1. sedapnya sunah..dah lama k.zla xmembaking.butter ader 3 ketul lg dlm esbok tu..cam nak kena merajinkan diri gakla nmpknya:)

    ReplyDelete
  2. Uish.. Tergoda tgk! Lama x mkn kek gini

    ReplyDelete
  3. @azila

    sila2 merajinnnn's!! hehehe...leh bagi qhaliff mamam!

    ReplyDelete
  4. salam sdp kek ni..suka basah gini tq resepi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post