Pernah tak makan nasi kukus ayam berempah?
Mungkin ada yang pernah, mungkin juga ada yang tak pernah lagi.
Semalam, mungkin kali ketiga saya makan nasi kukus ayam berempah. Tapi, kali kedua untuk saya makan nasi kukus ayam berempah di tempat yang sama ni. Bila kawan saya ajak makan tengahari semalam, tercari-cari juga kedai makan yang senang nak parking kereta. Suggest kat dia, nasi kukus ayam berempah kat Medan Selera Taman Universiti, Skudai. Dia kata, ok. Sebelum ni pun dia pernah makan juga. Kalau tak sedap, tak ada lah berulang datang lagi kan? Hihi.
Ini nama kedai makan kat medan selera tu. KB. Delights. Tak tanya lah pulak apa maksud KB tu. Masa datang tu, ayam belum siap goreng lagi. Da tengahari jugak, hampir Zohor. Da ramai pelanggan menunggu giliran. Sama ada yang datang makan atau datang bungkus bawa balik ke rumah.
Harga satu set nasi kukus ayam berempah ni RM6.00. Ape yang saya suka dengan juadah ni? Sambal dia yang ade masam-masam dan pedas. Ok, pedas sangat ye. Sampai berair mata saya makan. Boleh lah jadi pesaing nasi ayam penyet kot? Tapi antara nasi ayam penyet dengan nasi kukus ayam berempah, saya lagi suka nasi kukus ayam berempah sebab ade kuah yang sedap dengan ade acar timun tu. Hihi.
Sape-sape yang belum pernah rasa, boleh lah try gi Medan Selera Taman Universiti, Skudai, Johor. Kat depan kedai komputer Cytech tu je, dan belakang kedai Rainbow. Dekat-dekat je dengan kedai makan Green Jade.
Selamat mencuba! :)
awat x bawak kami p sana aritu...KB delight..myb dr rsepi org kltn
ReplyDeleteSalam Admin
ReplyDeleteMee Bandung Kuah Kacang 'Odeon' Batu Pahat (Famous Sejak 1960)
Kini berada di Skudai
Lokasi- RESTORAN ISMAAIL , 62 Jalan Keindahan 1, Taman Skudai Indah, Jb
Waktu niaga: 12 t.hari hingga tengah malam
(Makan Panas-Panas)
Tq kpd sunah sakura krn sudi dtg ke gerai akak (KB DELIGHT)...n tq jgak krn sudi suggestkn juadah akak ya..klu bkesempatan n sudi lg dtglh mjamu selera ke gerai akak..apa2 pn trima kasih byk..n ampun maaf skiranya ada yg krg memuaskn yaa..!!!
ReplyDelete