Pavlova with Blueberry Filling


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari tu saya tiba-tiba nak makan strawberry. Minta izin kat suami, balik dari lab tu nak singgah AEON Taman U kejap, nak beli strawberry. Dah dapat keizinan, drive la ke AEON. Tengah tunggu lampu merah tu boleh pulak terfikir nak buat pavlova lah. Sebab sebelum tu ade jugak belek-belek resepi kak Azlita Masam Manis, mengenangkan ade lebihan putih telur lepas buat kek karamel Coklat Moist. So, dah sampai kat AEON, capai lah strawberry, blueberry, whipping cream, cuka, gula kastor dan mana yang tak cukup kat rumah.

Bila sampai rumah, malam tu jugak saya beroperasi. Dah siap mengadun semua bahan untuk pavlova tu, masukkan lah dalam oven macam dalam resepi. Dalam 20 minit, start bau hangit. Eik, kenapa...tengok dalam oven, bahagian bawah pavlova hangit sedikit. Hurm, api bawah saje ke atas bawah sebenarnya ni??? Terus wechat kak Ayu Citarasa Rinduan. Sambil tu belek juga resepi pak cik Mat Gebu.


Lorhhh, api atas bawah. Tak lama lepas tu, kak Ayu pun reply wechat cakap, guna api atas dan bawah...haiyooo! Nasib baik tak sampai sejam lagi, kalo tak, pavlova jadi pavlongit. Eh! Hihi. Terus tukar api atas bawah. Sampai lah pavlova kering kat permukaan dia, tutup api oven. Biar lah dia sejuk, esok paginya cadang nak buat krim.

Bangun pagi esoknya, saya keluarkan whipping cream. Tak pernah guna sebelum ni. Selalu beli whipped cream, yang dah sedia dipukul. Semangat saya pukul whipping cream sampai kembang kononnya. Tapi tak tahu rupa kembang tu macam mana, sehinggalh whipping cream saya dah jadi air dan mentega balik. Alaaaaaaaaa....kecewa sungguh saya. Dah lah kereta tak dapat nak start engine. Bateri kong. Mana nak keluar cari whipping cream yang baru. T_T


Alhamdulillah masa borak-borak dengan kak Ila kat whatsapp tiba-tiba timbul idea nak letak blueberry filling je. Memang ade stok dalam peti ais. So, jadilah macam tu topping pavlova saya. Rasa dia pun ok, blueberry filling kan masam. Tapi manis lah sikit. Berbanding bila kita guna whipping cream yang takde rasa.

Ok, jom tengok resepi yang dah diderhakakan!

By: Sunah Sakura

6 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang.
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter 8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan.
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100 C.

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dalam bekas kecil.
Kacau rata hingga semua bahan larut.
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.


Letakkan adunan atas baking paper yang telah dibuat bulatan tadi, ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100 C menggunakan api atas dan bawah selama 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya.

Bahan Hiasan
Blueberry filling
Strawberry dibelah empat
Blueberry

Sapukan blueberry filling atas pavlova.
Hiaskan dengan buah-buahan segar.
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post