Kek Lapis Evergreen

Gambar dari: :Kek Sarawak:

Bahan-bahannya:

24 biji kuning telur
4 biji putih telur
16 oz mentega
10 oz gula halus
8 oz tepung Hong Kong
2 sudu the perasa pandan
1 sudu makan ovellate
1 ½ paket santan tepung
4 sudu makan susu pekat
1 ½ sudu makan warna hijau

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega dengan susu, santan, hingga kembang. Ketepikannya terlebih dahulu.

2. Pukul telur, gula, ovellate, tepung sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan mentega tadi dan dipukul rata. (Jangan pakai mesin lagi). Kemudian masukkan perasa pandan dan warna hijau.

3. Bakar 2 senduk dahulu, pakai api bawah dan atas (150-10 minit). Lapis kedua api atas sahaja, 2 senduk lagi sampai habis. Pada lapisan terakhir, barulah pakai api atas dan bawah.

Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

4 Comments

  1. hi..sje nk tanye..klau sy gntikan perasa pandan & ovellate dgn pandan emulco boleh x?klau boleh brapa sudu?

    ReplyDelete
  2. lolliepopsicle, boleh saja..selalunya saya tukar terus pewarna hijau dan perasa pandan kepada pandan paste..ada pewarna dan perasa sekali dalam satu...untuk ovellate, kalau tak nak pakai, boleh je..cuma, ovellate ni fungsinya untuk menghasilkan kek yang gebu, lembut dan bertekstur halus..:)

    ReplyDelete
  3. ni byk sgt telur..kalau resipi yg sye slalu buatt tu 10 biji telur jer...tepung 150gram..1/2 tin susu manis...1 paket santan tepung...

    ReplyDelete
  4. klau ikut resipi yg sye slalu wat..10biji telur jer..resipi ni kek dier kering sgt

    ReplyDelete
Previous Post Next Post