Kek Lapis Dua Dalam Satu~~~


Ni pun kek lapis yang dibuat masa hari terakhir Ramadhan. Ni adik ceq buatkan. Festime dia buat yang cenggini. Walaupun agak bercerai-berai sikit, tapi cantik kaler dia...menyerlah gituuu~ Kena puji, baru dia rajin nak melapis lepas ni~~~ Lalala~ Moh le kita tengok resepi yang ni pulak ye~

Bahan inti:

12 oz mentega
8 biji telur ayam
12 oz gula halus
1 sudu makan ovallate
12 oz tepung gandum
1 sudu teh vanilla
2 sudu makan tepung jagung

Cara-cara membuatnya:

Pukul telur dengan vanilla. Mentega dipukul dengan gula sampai gebu. Masukkan telur yang dah dipukul tadi ke dalam adunan mentega, masukkan pula ovallate dan akhir sekali masukkan tepung, gaul rata-rata. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian, satu warna merah, satu lagi warna hijau. Bakar setiap bahagian hingga masak dalam acuan 8" x 8" x 1" dan potongkan 1 inci setiap satu bila da masak. Selepas dipotong 1 inci, potong pula segitiga-segitiga secara memanjang. Ada acuan khas yang digunakan untuk memotong bentuk macam ni.

Bahan lapisan atas dan bawah:

10 biji kuning telur
5 biji putih telur
8 oz mentega
5 oz tepung gandum
5 oz gula halus
5 oz tepung susu
1 sudu makan ovallate
1 sudu makan tepung jagung

Cara-cara membuatnya:

Pukul telur dengan gula hingga kembang. Mentega dan susu dipukul hingga sebati, kemudian campurkan kedua-dua adunan tadi, gaul rata-rata. Bahagikan kepada dua bahagian.

Bakar lapisan bawah berlapis-lapis hingga habis, susun inti segitiga tadi sampai habis, kemudian bakar pula lapisan atas berlapis-lapis hingga habis.

Gunakan jem untuk melekat bahagian inti pada lapisan atas dan bawah.
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

1 Comments

Previous Post Next Post