Menu

Re-Post: Sup Ayam Untuk Orang Demam (JE~!)


Disebabkan orang tu demam, maka tengahari tadi kita makan sup ayam je ye. Nak tau resepi jugak ke?

Okie, okie~


Bahan-bahan:

Ayam (gerenti la ayam, da nama sup ayam~ potong ikut suka ye~)
separuh lobak (pun potong ikut suka)
1 biji kentang (pun potong ikut suka)
3 biji cili padi (nak pedas lagi, tambah la lagi~)
2 biji bawang putih (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)
2 cm halia (dihiris)
sedikit bunga cengkih
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih
sedikit bunga lawang
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit perahan limau nipis

Cara-cara membuatnya:

Ni, mak saya ajar. Rebus ayam bersama kentang dan lobak. Bila da mendidih tu masukkan serbuk lada sulah dan garam.

Kat kuali lain, panaskan minyak, tumis rempah ratus (geng-geng cengkih la~). Lepas tu goreng bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Bagi sampai naik bau ye~

Kemudian, tutup api. Tuang ke dalam rebusan ayam tadi. Gaul, gaul, gaul~ Reneh sup selama beberapa minit, tambah garam kalau perlu ye~ Perahan limau tu jangan lupa pulak~

Ha...da siap untuk orang yang demam! Sembuh la cepat, sembuh la cepat~

Ceq kata: Syafiq Ridhwan sangat suka sup ini. :p

2 comments:

T.Tania said...

Nak try :) cam sedap.... wlupun xdemam ... heee~ naik selera nak makan2 ni...
Jgn lupa follow sy .. :)

Sunah Mohammad said...

@T.Tania

sile-sile~ ;)

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats