Sunday, June 12, 2011

Ayam Masak Lemak Cili Padi


Sebenarnya dari hari tu lagi nak masak ni, tapi asyik tangguh aje. Bukan ape, bila terdetik nak buat tu, tiba-tiba hari dah malam kannn. Nak potong serai kat luar rumah tu macam malas pulak bila dah malam. Tapi bukan seram ye, kak Limah takdeee kat sini, kat umah Pak Cik Mat je ade. Heh... Resepi ni ceq oter sikit dari resepi asal Pak Cik Mat kat SINI. Jom kita tengok resepi eks~

Saiz: 3 orang

BAHAN-BAHANNYA :

Ayam
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, dihiris halus
1 biji kentang, kupas, belah 8 dan rendam
1 keping asam gelugor
1 cawan santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :

1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup (ceq guna serbuk kunyit je)
7 tangkai cili padi hijau thai
7 tangkai cili padi merah thai

CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan ayam, kentang (toskan), serai dan bahan kisar dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang santan cair, dan masak hingga kentang 3/4 lembut. Tambah asam gelugor..
  2. Masak dengan api perlahan hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kunyit dan masak sekejap dengan api sederhana sambik dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas..

Ok, dah siap buat. Awak pulak buat lepas ni ye...

Ceq kata: Aunty Jenny mesti suka ni, pedas level dia dah ni...




3 comments:

Mat Gebu said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

penggsannnn's..okehh.

Miss Ran said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

gila la

hebak memask

tgl mkn je

tp pds pulok

Yaati Nor said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

sedapnya!!akak pon lama tak buat lauk nie..en asben suka nie..

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.