Sunday, October 30, 2011

Nak Rebus Pasta... Macam Mana???

Saya terfikir nak buat entri ni sebab selama ni saya asyik linkkan ke entri blog yang lagi satu tu. English pulak kan. So, kat sini saya nak explain macam mana caranya merebus pasta dengan betul supaya senang untuk kamu-kamu rujuk nanti. Meh kita tengok camne ye~


Bagi mengelakkan pasta kamu daripada melekat sesama diorang, pasta perlukan ruang yang cukup semasa proses merebus. Gunakan periuk yang dalam dan air yang betul-betul cukup.


Tambah garam ke dalam air yang digunakan untuk merebus pasta, bukan untuk menurunkan takat didih air tu, tapi lebih kepada untuk menambahkan rasa pada pasta kamu. Kalo tak tambah garam dalam air, nanti pasta kamu akan rasa tawar tak kiralahhhh banyak mana kamu tambah garam dalam sos pasta kamu!


Didihkan air atas api sepenuhnya. Pasta akan menurunkan suhu air sebaik sahaja selepas kamu masukkan ia ke dalam periuk, jadi pastikan air telah mendidih sepenuhnya baru masukkan pasta.


Bila da masukkan dalam air, kacau pasta jenis pendek perlahan-lahan. Untuk yang jenis panjang macam spaghetti, fettuccine, dengan angel hair, biarkan ia dalam seminit dua untuk melembutkan diri sebelum dikacau. JANGAN patahkan pasta!


Jangan campur dua pasta yang tak sama saiz dalam satu periuk. Sebab apa?? Sebab diorang kan ade tempoh masak yang berbeza. Ikut tempoh merebus pasta pada bungkusan pasta kamu tu~ Selalunya memang ada kat situ.


Kalo nak tau pasta kamu da masak ke tak, jangan tengok dan belek-belek aje. Cedok pasta, amek 'sehelai', dan gigit guna gigi kamu. Baru tau boleh dimakan ke tak. Kalo rasa dia cam senak semacam aje, maksudnya tak masak lagi la tu.


Menambah minyak ke dalam air tu tak berapa perlu sebenarnya, sebab kamu hanya akan membazirkan minyak tu bila menapis pasta nanti. So, kalo nak elakkan pasta melekat bila da ditos, guna je air paip tu sikit (kira cuci sikit dengan air paip) dan goncang dalam penapis tu sekejap.


So, bila pasta kamu da ready, bolehlah tuangkan sos yang kamu da siapkan atau buat ape-ape aje dengan pasta tu. Goreng olio pun ok jugak~

Semoga boleh membantu~ Kalau ade yang nak tambah, silakan ye~ :)


P/S: Gambar semua dari google.




Thursday, October 27, 2011

Kek Walnut Coklat... Terima Kasih Kak Lydia Miza


Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaa sangat nak buat kek yang guna kacang walnut ni. Kacang ni saya dapat dari seorang sahabat blogger. Kak Lydia Miza hadiahkan sebungkus kacang walnut Qatar, dipos khas dari Segamat sebelum dia kembali ke Doha. Terima kasih kakak comot! Saya cuba cari resepi yang ada gunakan walnut. Ada juga muffin pecan yang boleh kita tukar pecan tu kepada walnut, tapi tu lenkali saya buat ye. Kek Walnut Coklat yang ni saya ambil resepinya dari MCIK PTD LTD. Menjadi juga, alhamdulillah. Hasilnya nice~~~ lembut-lembut gitu~ Jom kita semak resepi ye~

Bahan-bahannya:

175 gm mentega
150 gm tepung gandum
150 gm gula halus
75gm walnut
50gm coklat masakan
5 biji telur ayam
1 sudu air sejuk
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil serbuk penaik

Sebelum masuk ke dalam oven

Cara menyediakannya:

  1. Walnut di bakar hingga kuning. Kemudian parut coklat masakan.
  2. Masukkan telur, air sejuk, ovalette dan gula halus ke dalam mangkuk adunan, pukul hingga kembang. Masukkan serbuk penaik dan tepung gandum, pukul lagi hingga naik gebu.
  3. Pukul mentega di tempat lain hingga putih. Campurkan adunan ini ke dalam adunan di nombor 2 tadi dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan parutan coklat dan digaul lagi.
  4. Lenserkan loyang berukuran 20cm atau 8 inci. Alaskan kertas tahan minyak. Tuangkan adunan dan taburkan walnut.
  5. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 190C selama 40 minit.

Meh tengok dalam kek ni macam mana...


Eh sejak bila pulak saya amek gambar jejari's macam Mat Gebu ni? :p




Moist Chocolate Cake with White Chocolate Ganache... Sempena Deepavali?


Hahaha~ Bila Pak Cik Mat sebut semalam dalam jam hampir 4 pagi tu, terdetik jugak kat hati saya - ha'ah lah...macam beras warna-warni untuk sambut Deepavali tu. Hahaha~ Ye lahhhhh...ape pun boleh~ Ni sama je ngan kek coklat moist yang lepas tu. Cuma ganache dia saya guna white chocolate. Sebab kat JJ da takde dark chocolate masa beli tu. Meh tengok ye resepi dia~

BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)
100 gram white chocolate
serbuk manik urai berwarna-warni

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Lenser tin segiempat sama berukuran 7 X 7 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan white chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Masukkan pwhite chocolate yang telah dipatah-patahkan dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler dengan api perlahan, bila semua larut, matikan api. Biarkan suam dan boleh sapu atas kek coklat tadi dan taburkan manik urai berwarna-warni.

Rasanya sangat sedap......... T_______T




Sunday, October 23, 2011

Spicy Lemon Spaghetti


Perut lapar, jadi masuk dapur tengok ape yang ade. Alhamdulillah, sisa-sisa bahan ade je kat dapur, cuma kena rajin sikit aje nak masak sebab duk sorang beberapa hari ni. Bila duk sorang aje, al-maklumlah...mesti jadi malas nak masak macam-macam. Ni pun tiba-tiba hari ni terrrrajin pulak dan tak ke mana-mana. Buat kerja-kerja rumah aje. Tuan rumah dengan isteri dia pun tiba-tiba datang pagi tadi, alhamdulillah ceq ade kat rumah, boleh la dia masuk tengok-tengok keadaan rumah. Kalo tak, mesti dia takleh masuk sebab dia takde kunci. Hurmmm...jomlah tengok resepi ni ye~

Bahan-bahan:

Spaghetti (sediakan macam kat SINI)
Sekeping dada ayam (dipotong dadu)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
2 tangkai cili padi (dititik)
sedikit sayur kobis (dipotong kecil)
1/2 biji lemon (perah airnya)
1/2 sudu besar serbuk kari*
1 sudu besar sos tiram*
1 sudu besar sos cili*
1/2 sudu besar kicap*
sedikit air* (bahan * dibancuh bersama)
sedikit garam
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu besar mentega

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Bila da cair, masukkan bawang merah, bawang putih, dan cili padi. Goreng sampai naik bau.
  2. Masukkan ayam dan goreng lagi sampai ayam masak baru tuangkan bancuhan kari, sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata-rata dan masukkan juga garam secukup rasa.
  3. Masukkan spaghetti yang dah ditoskan dan gaul lagi biar bercampur rata. Tambah sayur kobis dan perahan lemon.
  4. Masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam, kemudian gaul lagi. Dah ok, boleh matikan api dan hidangkan.

Rasa lemon meresap masuk ke spaghetti dan ayam. Aromanya pun cukup menarik hati. Sangat-sangat enak~ Selamat mencuba ye~ ^_^




Saturday, October 22, 2011

Donat Blueberry... Sempat Lah Pulak!


Pagi ni sempat pulak mendonat, padahal jap lagi nak keluar buat kerja sampai ke petang. Ceq tetiba nak buat donat blueberry ni bila tengok donat Pak Cik Mat kat SINI. Tapiiiiiiiiiiiiiiii (cinta bukan milik kita~~~) ceq tak guna pun resepi tu!!! Hahaha~ Ceq guna resepi donat biasa, cuma bentuk dan blueberry filling tu je yang tambah jadi lain. Meh tengok resepi eks~

BAHAN-BAHANNYA:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula kastor
1 1/2 camca besar marjerin
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Gula halus untuk hiasan
Blueberry filling

CARA-CARA MEMBUATNYA:

  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula kastor, marjerin dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan bulat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua-dua bahagian. Angkat, tos, dan sejukkan.
  4. Dengan menggunakan gunting, buat sedikit lubang di tengah2 bahagian donat, saiz lubang bergantung ada saiz donat. Buat hingga siap, ayak gul aising dan sudukan sedikit blueberry filling pada lubang tadi. Boleh hidangkan..




Thursday, October 20, 2011

Ayam Masak Lemon... Bukan Masak Lemak Ye~


Mencabar betul nak memasak malam ni. Dah lah housemate nak berbuka, tengah-tengah nak tumis bahan kisar masakan ni, api dapur tiba-tiba menari sayup-sayup aje. Lama-lama tarian macam makin 'menggigil' semacam, dalam hati kata: "sah, nak habis dah ni..." Tutup api, dan try bukak balik. Terus tak kuar-kuar penari dia. Wakaka~ Dah habis rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ Cemas, cemas! Mana nak carik gas ni?? Alhamdulillah ada nombor fon orang kedai runcit depan tu. Akhirnya sampai jugak lah tong gas berisi. Siaplah jugak ayamnye tapi housemate dah pun berbuka bersama lauk sayur sahaja. Sanggup dia tunggu nak makan ayam. Hahaha~ Moh, moh kita tengok resepi eks~

Bahan-bahan:

Ayam
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 tangkai cili hijau*
3 tangkai cili kering*
sedikit parutan kulit lemon*(bahan * dikisar)
2 hirisan lemon
sedikit lobak (dipotong memanjang)
3 tangkai bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
minyak untuk memasak
sedikit gula dan garam

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bunga cengkih, bunga lawang dan bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan biarkan ayam empuk.
  3. Kecikkan api dan masukkan lobak, garam dan gula secukup rasa.
  4. Bila ayam da nak masak, masukkan hirisan lemon. Masak sekejap sebelum matikan api.
  5. Boleh dihidangkan.

Ceq kata: Lemon ceq tu masuk awal sangat sebab kalut nak cepat masak, kesian housemate...




Monday, October 10, 2011

Sosej Lagi... Bukan Ala Teriyaki Sudah!


Ampun ye Pak Cik Mat sebab derhakakan resepi Pak Cik Mat sampai gitu sekali. Hahaha~ Sebenarnya sebelum ni Pak Cik Mat pernah bagi link kat SINI, Sosej Ala Teriyaki yang dia buat. Tapi disebabkan bahan-bahan kat rumah tak secukup kat Tesco rumah Pak Cik Mat, maka terjadilah penderhakaan luar biasaaaaa! Erk! Ok jom semak resepi simple ni~

Bahan-bahannya:

3 batang sosej, kerat kecik-kecik comel macam dalam gambo
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah*
1 cm halia* (bahan * ditumbuk lumat)
3 tangkai cili padi dititik
2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap
1 camca besar sos tiram
Sedikit minyak
Sedikit serbuk lada hitam
Serbuk parsley untuk hiasan

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk lumat bersama cili padi sampai naik bau.
  2. Masukkan sosej dan goreng sebentar.
  3. Masukkan semua jenis sos dan kicap, masak hingga pekat dan kering. Tambah serbuk lada hitam dan masak sekejap sahaja.
  4. Alih dalam pinggan dan hias dengan taburan serbuk parsley.




Agar-agar Santan Gula Merah... Hatimu Milikku?


Erk, kenapa ada "Hatimu Milikku?" dalam tajuk tu. Sebab bentuk hati, so letak lerr. :p Dah lama nak buat juadah yang berkaitan dengan gula merah ni. Alhamdulillah baru hari ni berkesempatan nak buat. Puas menggoogle carik resepi yang menepati bahan-bahan yang ade kat rumah. Jumpa jugak satu link ni. Resepi asalnya boleh tengok kat SINI ye. Saya otter jugak sikit-sikit, memandai aje kan. Lepas tu potong lak bubuh terbalik dalam gambar tu. :p Tak kisahlah, lenkali amek cantik-cantik dari ni! Hahaha~ Jom tengok resepi yang dah diubah.

Bahan-bahan:

10g serbuk agar-agar (saya guna serbuk adunan agar-agar yang 90 gram tu)
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120ml air campur 1 paket santan
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan (takde, letak perisa pandan...hahaha)
1/2 camca pewarna coklat (saja nak letak, kalo taknak pun takpe, lagi nampak lapisan)

Cara-cara membuatnya:

  1. Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam, pewarna coklat dan kacau terus hingga mendidih
  5. Tuang ke dalam acuan yang anda suka
  6. Sejukkan baru didinginkan dalam peti sejuk




Sunday, October 09, 2011

Nasi Goreng Oregano... Aci Tak?


Amacam, boleh ke letak tajuk tu? Sebab tak tau nak letak nama apa. Hahaha. Ohhh, nampak tak ada fries bertepek kat atas nasi goreng tu? Jangan tertipu okehhh, itu bukan kentang goreng, tapi keledek goreng. Rasanya sangat sedap, ada rasa manis-manis gitu. Bukan saya yang buat, tapi beli kat Uncle Bob semalam. Tujuan dia hanya sebagai penghias aje sebab malas nak carik benda lain buat penghias. Ok lerr... Meh tengok resepi.

Bahan-bahan:

Nasi putih
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 tangkai cili merah*
sedikit ikan bilis*
sedikit garam*(bahan bertanda * ditumbuk sampai lumat)
1 batang sosej (dibelah 4 dan dihiris)
sedikit kobis Beijing (dipotong ikut suka)
1 sudu kicap
1 biji telur ayam
serbuk oregano
serbuk lada hitam
sedikit minyak untuk memasak

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk lumat hingga naik bau. Masukkan sosej dan goreng sampai sosej masak, masukkan kicap.
  2. Masukkan nasi dan gaul, kemudian masukkan sayur kobis. Gaul lagi sampai sayur lembut.
  3. Ketepikan nasi ke tepi kuali, masukkan telur ayam yang telah dipukul sedikit.
  4. Bila telur dah kering sedikit, gaulkan bersama nasi tadi.
  5. Masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Gaul lagi hingga nasi masak.
  6. Boleh dihidangkan panas-panas.




Thursday, October 06, 2011

Ais Kacang Special... Awiet Corner...


Ok, maaflah sebab gambar tak berapa cantik ye. Pakai kamera henset murah aje. Semalam gi mencarik ABC dengan housemates tersayang yang ketensionan dengan kerja. Mula-mula nak makan ABC kat Taman Universiti, depan Old Town tu, tapi tutup pulak. Maka, setelah bincang-bincang dengan yang lain, kami pun pergi la ke Larkin Bomba. Ehhh? Bomba pun ada Larkin ke? Hahaha... Tak lah... Nama tempat ni da memang macam ni. Kedai ni letaknya depan Balai Bomba dan Penyelamat Larkin. So, kalau gi makan, nampak la abang-abang bomba yang hensem ye. Eh, tak, tak! Abang-abang bomba tu macam da kawen je semua. Mungkin sebab tu housemate saya tak terpikat kan. Ops~ Nextttttt!

Carik kedai ni okehhh

Siap ada nombor tepon untuk tempahan

Ais jagung pun ada juga

Ais Kacang Special ni harga dia RM 4.00. Rasanya sedap la jugak, sesuai dengan harga dia tu. Ais jagung ni pulak harga dia RM 3.00. Kak Ila yang order ais jagung, tapi dia kata tak berapa sedap sangat. Err...cer try yang kedai belah-belah sana la eks kalo nak ais jagung.

Ada makan-makan sikit gak, order kedai sebelah Awiet ni je. Gerai Nurfifin. Yang sedap kat sini Chicken Chop dia tu kot no. Ada macam-macam chops yang lain gak, fish n chips, lamb chop pun ade. Chicken Chop dia harga RM 11.00. Sedap gak!!!

Nampak menu lain kat atas tu?

Chicken Chop sedap yang berasap-asap bila sampai kat meja kamu

Okeh, lenkali kita review tempat lain pulak ye~ Daa~~




Sunday, October 02, 2011

Belacan Goreng... Sentiasa Di Hati


Fuhhh! Lama da tak buat ni. Dah banyak kali nak buat, asyik terhalang dengan macam-macam dugaan. Cewah~ Ye lah, kira dugaan jugak kan bila cili tiba-tiba habis, bawang merah tiba-tiba dah takde, timun pulak tiba-tiba da layu. Tertangguh-tangguhlah sampai ke hari ni, akhirnyaaaaaaaaa...! Semua Pak Cik Mat punya pasal la ni! Dia buat saya bersemangat nak buat belacan goreng ni.

Belacan goreng ni sebenarnya salah satu makanan sampingan popular kat tempat saya di Bintulu, Sarawak. Kat sana, tentulah pakai belacan Bintulu sebagai ramuan dia, dan tentu jugaklah belacan yang mak saya buat sendiri. Hehehe. Kalau duk di perantauan ni, pakai la belacan kampung yang dijual kat kedai-kedai runcit tu ha. Belacan goreng ni sedap dimakan bersama ulam-ulaman. Kalau dalam keluarga saya, kami makan dengan hirisan timun atau mempelam. Perghhhh! Sedapppppppppppp okehhh! Kalau takde ulam-ulaman, makan dengan nasik pun boleh juga~

Meh la kita tengok resepi ye~

Bahan-bahan:

5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
ikan bilis secukupnya
belacan secukupnya (biasanya hampir 1 sudu makan)
sedikit garam
1 sudu gula
minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumbuk semua bahan-bahan tu kecuali gula dan minyak sampai lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi, goreng sampai kering baru masukkan gula.
  4. Gaul sekejap saje, then matikan api.
  5. Dah siap.

P/S: Selalunya belacan goreng kat umah kat Bintulu, kaler dia nak dekat-dekat hitam... Sebab belacan sini kaler cerahhhhhhhh so masih merah lagi~~~




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.