Wednesday, March 28, 2012

Light Oreo Cheesecake


Cer klik SINI jap~ Terima kasih~ :D

Semalam buat Blueberry Cheesecake, housemate mintak tolong ajar buatkan. Yang tu da tinggal suku je dalam peti ais. Hari ni tadi, housemate ajak buat yang ni pulak. Saja try campurkan oreo dalam bahan-bahan, jadi lah Light Oreo Cheesecake ni. Rasanya sedap jugak, rasa cheese pun masih ada, tak hilang dek rasa oreo tu. Hehe. Meh kita tengok resepi ye~

Bahan-bahan:

300ml susu segar (saya guna full cream)
6 keping keju Kraft (saya guna Cheesedale)
3 biji telur gred A
90g gula kastor
110g tepung gandum
110g mentega
1 cawan oreo kisar (dibuang krim putihnya)

Bahan dasar:

30 keping oreo kisar (dibuang krim putihnya)
1/4 cawan mentega (dicairkan)

Cara-cara membuatnya:

  1. Bahan dasar - Gaulkan oreo kisar bersama mentega cair, ratakan pada loyang yang telah digris dan dialas.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C.
  3. Dengan api perlahan, panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega. Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  4. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yang agak besar untuk 1 adunan).
  5. Pukul putih telur bersama gula kastor sehingga menjadi meringue (adunan betul-betul ringan sehingga bekas diterbalikkan, adunan tak tumpah).
  6. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yang dipanaskan tadi..kacau perlahan.
  7. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  8. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata.
  9. Masukkan oreo kisar dan sebatikan adunan.
  10. Ambil loyang yang sudah digris dan diratakan bahan dasar tadi dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.
  11. Bakar pada suhu 175C menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak (bergantung pada jenis oven).
  12. Bila da sejuk, boleh dipotong dan dihidangkan.



Tuesday, March 27, 2012

Tomyam Sardin Jugak!


Eh, eh! Baru je Pak Cik Mat Gebu buat Tomyam Sardin tengahari tadi, saya pun nak buat gak malam ni. Hahaha~ Ade tiga ekor ikan sardin lagi yang tinggal tak terusik. So, buat la sama macam Pak Cik Mat. Tapi mesti la ada bahan yang saya tak letak kan. Mana yang ada je saya letak. Jom semak resepi~

BAHAN-BAHANNYA :

3 ekor ikan sardin dalam tin
1 kiub tomyam Knorr
1 batang serai, dititik
1 inci halia, dititik
6 biji cili padi thai, belah dua setiap satu
1 biji jus limau nipis, perah jusnya
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram (optional)
1/2 camca gula

BAHAN-BAHAN SAYURAN :

Sebesar penumbuk, bunga kobis, potong sekuntum2
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, potong ikut suka
2 batang kacang panjang, dipotong
1/4 capsicum merah, dihiris senget2
1/4 capsicum kuning, dihiris senget2
1 biji bawang besar, belah 6 (tak letak, sebab takde)
1 biji tomato, dibelah 8

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi hingga harum. Masukkan kiub tomyam, dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (dalam 3 cawan). Biar mendidih.
  2. Tambah lobak merah, kacang panjang, bawang besar dan bunga kobis. Bila lembut sedikit, masukkan ikan sardine. Tambah juga 3 camca besar sos sardine tadi. Kacau perlahan. Biar mendidih dengan api sederhana. Jika kurang kuah, boleh tambah air.
  3. Tambah sos tiram (jika perlu), sedikit gula dan jus limau nipis. Akhir sekali masukkan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.



Ayam Goreng Ala Pattaya


Erm... Klik SINI jap... :D

Sebenarnya da banyak kali da buat ni. Tapi sebab takde kamera yang proper, jadi tak la publish kat blog. Tapi hari ni, atas permintaan sorang rakan blogger, terpublish jugak lah resepi ayam goreng ala pattaya ni. Resepi asalnya saya dapat dari blog Pak Cik Mat Gebu kat Daging Goreng Ala Pattaya. Mula-mula dulu makan kat rumah Pak Cik Mat, terus jatuh cinta dengan lauk ni. Bila da belek-belek resepi, try la buat sendiri kan~ Cumanya, saya tukar daging kepada ayam je. Jom semak resepi~ :)

BAHAN-BAHANNYA :

500 gram ayam, hiris nipis, cuci dan toskan
1/2 cawan hirisan rebung jeruk (optional, saya tak letak)
1/3 biji red capsicum, didadu
1/3 biji green capsicum, didadu
1/3 biji yellow capsicum, didadu
Sedikit bunga kobis
Sedikit lobak merah, belah 4 dan hiris
1 genggam daun selasih (sweet thai basil - tak letak)
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili thai
1/2 camca teh gula
Sos ikan secukup rasa (tak letak)
1 camca teh tepung jagung + 2 camca besar air = kacau rata
2 biji cili merah*
8 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah cili sos thai dan sos tiram, kacau rata. Masukkan ayam, kacau dan masak hingga ayam empuk. Tuang sedikit air dan dan biar ayam lembut.
  2. Masukkan rebung, semua jenis capsicum, lobak merah, brokoli dan bawang besar, gaul rata masak sekejap. Tambah sos ikan gaul, masukkan bancuhan tepung jagung. Masak hingga pekat. Akhir sekali tambah daun selasih, gaul rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

P/S: Maaf, gambar tak cantik... Tak expect nak publish... :D



Wednesday, March 14, 2012

Apam Polkadot... Sedap!


Hari Isnin tu, saya buat apam polkadot. Nak bawak balik. Dah lama sangat nak buat. Dah macam-macam soalan tanya kat Ibu Gebu dan Puteri Katek. Akhirnya saya mula buat pagi Isnin tu. Masa pagi tu, saya tak ada acuan lompang, so saya masukkan je dalam loyang. Nak tau ape jadi? Adunan meleper sebab takde penguat paper cup tu masa apam mengembang dalam pengukus. Hahaha~ Dah tu, macam-macam bentuk ada. Bentuk ikan, bentuk rama-rama, bentuk hati, bentuk segi-segi, yang pasti takde bentuk bulat. :p

So, petang Isnin tu jugak, saya gi beli loyang acuan cupcake. Balik tu terus buat adunan lagi. Tiba-tiba, mak cakap, eh...mak ada la acuan lompang yang plastik tu. Lorhhhhh...dah terbeli lak loyang ni kan. =.= So, guna dua-dua acuan sekali masa mengukus tu. Maka, ada dua saiz. Saiz kecik n saiz besar. Hahaha~ Yang pasti, seronok buat apam polkadot ni. Suka tengok bila da jadi, comel-comel aje. Tapi tak secomel Ibu Gebu punya apam polkadot. T_T

Apepun, thanks Ibu Gebu dan Puteri Katek~

Bahan-bahan:

3 biji telur gred A (dari peti ais)
280 gram tepung gandum*
2 sudu kecil baking powder* (*diayak bersama)
220 gram gula halus (kalau letak filling guna 200 gram sahaja)
250 ml susu segar/susu cair/santan/susu UHT
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
filling (ikut citarasa sendiri - chocolate, strawberry, kelapa, kaya, peanut butter) - masukkan ke dalam piping bag
pewarna (ikut citarasa masing-masing)

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul telur, gula, vanilla dan ovalette sampai kembang.
  2. Kemudian baru masukkan tepung, baking powder dan bahan cecair secara berselang-seli.
  3. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 6-8 minit.
  4. Sementara itu, didihkan air kukusan, letak daun pandan untuk apam lebih wangi.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
  6. Masukkan setiap bahagian ke dalam piping bag.
  7. Susun acuan lompang dalam pengukus dan masukkan paper cup dalam acuan lompang.
  8. Picit adunan dalam paper cup sampai setengah cup.
  9. Picit filling ikut citarasa.
  10. Picit adunan sama @ lain warna sehingga penuh.
  11. Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
  12. Bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api dan kukus selama 15 minit.

Ada jugak tips, adunan untuk buat dot tu letak dalam piping bag lain dengan diameter lubang sebesar lidi je. Tapi saya guna piping bag sama je. Sebab tak rajin sangat. Hee~



Friday, March 09, 2012

Buah Melaka... Made in Sarawak


Pagi ni bangun nak breakfast cheesecake semalam, mak bagitau buah melaka punya kulit da siap uli. Hoh??? Saya terkejut. Gulppp! Rupanya mak terus uli kulit buah melaka pagi ni sebab semalam saya tunjuk kat mak gambar buah melaka dalam buku resepi Hajah Yon. Huwaaaaaaaaaaaa~ Saya sayang mak sayaaaa!!! Hahaha~

Jadi, lepas breakfast tu, saya terus la mulakan operasi buat buah melaka ni. Gulung, gulung, gulung, then tenyeh-tenyeh, lepas tu letak inti gula apong, then gulung, gulung balik, rebus sampai masak. Waaaaaaa... Sedap okehhhhh! T_T

Kalau nak tau lebih lanjut tentang gula apong, leh klik SINI

Oh ye, kalo Melaka terkenal dengan gula Melaka atau gula merah dia, kat Sarawak ni kita guna gula apong. Gula apong ni kaler dia ceklat gelap, dalam bentuk cecair yang sangat pekat dan likat, dibuat daripada nira pokok nipah. Selalu kat kedai, dia jual dalam bungkusan plastik. Jarang tengok yang dalam bekas macam kat atas ni. :)

Bahan-bahan:

Sedikit kelapa parut

Untuk kulit:

Tepung pulut
Tepung gandum
Air
Pewarna hijau

Untuk inti:

Gula apong

Cara-cara membuatnya:

  1. Kulit: Uli tepung pulut, tepung gandum bersama air sampai adunan tidak melekat pada tangan. Campur pewarna hijau atau pewarna lain ikut kesukaan. Nisbah tepung pulut kepada tepung gandum tu, tepung pulut kena lebih banyak, sebab tepung gandum ni gunanya untuk tak bagi adunan tu lembik sangat. Cukup sedang je untuk kita gentel nanti.
  2. Buah Melaka: Cubit dan gentelkan sikit adunan kulit ikut saiz yang kamu suka. Saya suka buat kecik-kecik, senang masuk mulut. Tenyeh leper untuk letak inti gula apong. Bila da letak inti, gulung bulat-bulat balik.
  3. Panaskan air dalam periuk sampai mendidih. Bila da mendidih, masukkan buah melaka. Buah melaka da masak bila mula terapung dalam air yang mendidih (kalau tak naik terapung, usik sikit dengan sudip, takut buah melaka melekat kat dasar periuk).
  4. Angkat buah melaka yang da masak, dan toskan.
  5. Bila da sejuk sikit, boleh gaul dengan kelapa parut.
  6. Sedia untuk dihidangkan.



Thursday, March 08, 2012

Light Blueberry Cheesecake...Semakin Minat Baking


Sekarang ni kat Sarawak, kampung halaman tercinta. Bila da kat rumah ni, macam-macam benda nak buat. Selasa hari tu buat Kek Batik Horlicks, malam tu pulak buat Laksa Sarawak. Sebelum-sebelum tu buat Donat Ungu Violet. Hari ni buat benda ni pulak. Sampai la satu saat, saya gitau mak dengan penuh makna... "Mak, saya sangat-sangat suka buat kek..."

Entah, saya rasa ada satu perasaan mendalam bila saya cakap macam tu. Rasa macam, please...jangan pisahkan saya dengan baking. T_T

Hurmmm... Walaupun kat rumah ada berapa orang je, tinggal mak, bapak dengan adik bongsu je, tapi still nak buat jugak kek ni. Nak diorang rasa kek yang saya selalu buat kat Johor, kek yang sangat-sangat mudah untuk dibuat. Light Blueberry Cheesecake. Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi Moist Blueberry Cheesecake, kali ni yang Light pulak lah. Resepi lebih kurang sama je, cuma kali ni bagi meringue betul-betul putih telur tu. Jom tengok resepi.

Bahan-bahan:

300ml susu segar (saya guna full cream)
6 keping keju Kraft (saya guna Cheesedale)
4 biji telur gred C (resepi asal guna 3 biji telur gred A)
90g gula kastor
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega
Blueberry filling secukupnya

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, gris loyang dengan mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  2. Dengan api perlahan, panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega. Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yang agak besar untuk 1 adunan).
  4. Pukul putih telur bersama gula kastor sehingga menjadi meringue (adunan betul-betul ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan tak tumpah).
  5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yang dipanaskan tadi..kacau perlahan.
  6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata.
  8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan.
  9. Ambil loyang yang sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan, picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yang digunting sedikit hujungnya) dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
  10. Setelah itu cedukkan lagi 2 senduk dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis.
  11. Bakar pada suhu 175C menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven).
  12. Bila da sejuk, boleh hiaskan dengan blueberry filling kat atas kek.



Ramuan Selera!

kek (42) kek lapis (28) ayam (18) tempahan (17) pasta (14) admin (8) sup (8) keju (7) sosej (7) apam polkadot (6) pastri (6) roti (6) apam (5) dessert (5) kentang (5) kuih-muih (5) review (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) jalan-jalan cari makan (3) kekacang (3) sayur (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) belacan (2) jemput-jemput (2) laksa (2) lempeng (2) pisang (2) pizza (2) pulut (2) sarapan (2) western (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) Ramadhan (1) agar-agar (1) ais (1) bars (1) biskut (1) brownies (1) chocolate (1) congo bars (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) ikan (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) info (1) isu (1) kacang panjang (1) kebab (1) keropok (1) kismis (1) kunyit (1) labu air (1) makaroni (1) mangga (1) megi (1) mentega (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) pencuci mulut (1) penkek (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) strawberry (1) tomyam (1) udang (1) yis (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.