Wednesday, June 01, 2016

Spaghetti Aglio Olio Paling Sedap @ Cookies & Ginger, Adda Heights, JB

Assalamualaikum.

Canggih kan nama tu?

Cookies & Ginger.

Ape first impression korang bila baca atau dengar nama ni?

Kalau tanya saya, saya nampak restoran Cina or konon-konon kat negeri Omputih. Haha. Bila sampai ke restoran ni, saya terkejut! Restoran orang Melayu Singapura beragama Islam! Subhanallah, hebat!

Hebat sebab pelanggannya sangat ramai dari pelbagai bangsa! Orang kata, kalau nak tau kedai makan tu sedap ke tak, tengok pelanggan dia. Kalau pelanggan dia bermasyarakat majmuk, ha! Insya'Allah sedap! Orang kata lah! Tapi saya rasa, betul kot?

Restoran yang bukak pada tahun 2013 ni terletak di: 107, Jalan Adda 3/1, Taman Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia. Kedai ni beroperasi setiap hari pukul 4 petang sampai 10.00 malam. Hari tu kitorang sampai before pukul 10.00 malam, waitress dia kata, diorang terima last order at 10.00 pm. Lepas tu diorang tutup da pintu masuk.

Menu-menu kat sini terdiri dari masakan barat. Harga dia standard masakan barat tapi lebih murah daripada Secret Recipe, Black Canyon etc. Gitu haa. Ade macam-macam menu menarik dekat sini yang uols boleh try tapi malangnya saya tak snap pun gambar menu dia. Kalau nak tahu jugak, boleh lah pergi page Cookies & Ginger kat FB ye!

Saya dan kawan-kawan masa tu nak order dia punya Nachos sebab orang kata sedap. Malangnya, masa kami sampai tu Nachos da habissss! Jadinya kalo uols nak makan sini, datang la awal-awal ye. Jangan macam kitorang ni, datang masa makanan banyak da habis. Haha. So, kitorang end up dengan Flame-Grilled Chicken Chop, Pan-fried Cajun Dory dan Spaghetti Aglio Olio w Mushroom. Yang saya ada gambar hanyalah Spaghetti Aglio Olio. Yang lain da tak sempat nak bergambar dah kena ngap. Hahaha!


Ok, Aglio Olio dia sedap gila. Tak pernah lagi makan yang sesedap ni. Buat pun tak pernah sesedap ni. Kena curah Olive Oil banyak-banyak kot baru jadi sedap. Eh!! :p Cajun Dory dengan Grilled Chicken dia pun not bad. Tapi serius nak rekemen air Pina Colada dia. Sedap okaayyy!! Walaupun Ayen tak berapa suka. Hahaha. Tapi tekak saya rasa sedap gila. Saya punya Lemonade tu mak ai masam betul! Sebab perahan dari 1 biji lemon katanya. Kitorang siap tambah lagi air kosong nak bagi kurang masam, pun tak habis jugak minumnya. XD

Ok lah, uols pergi la sendiri ye kalo nak tengok sedap ke tak sedap!




2 comments:

Diana Rashid said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Bukan rezeki la tu..lepas ni kena pi siang2 la..Biasanya kalau sedap memang teringat2 la makanan nya..nak cari yang sama serupa susah nak jumpa..

Mas Zull said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

assalamualaikum sunah...wah kalau sedap mcm ni boleh try la nanti...

Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.