Resepi Mudah Bihun Goreng Putih - Bihun Goreng Singapore

Resepi Mudah Bihun Goreng Putih - Bihun Goreng Singapore | Dah lama tak update blog ni, dah takde idea nak update apa. Kang resepi pun ulang-ulang aje. Masih ada juga yang google resepi dan terjumpa blog ni sampai ke hari ni. Terima kasih kepada semua yang datang menyumbang trafik dan menjana Adsense. 

Resepi Mudah Bihun Goreng Putih - Bihun Goreng Singapore

Bila check archive, macam tak ada lagi share resepi ni dekat blog ni. Jadi, ciksun kongsikan aje kat sini walaupun dah pernah kongsi dekat blog peribadi ciksun. Buat buang sawang yang ada kat blog ni. Haha. Bagi yang kurang gemar rasa udang kering dalam bihun, boleh cuba resepi Bihun Goreng Singapore guna ayam ni. Selamat mencuba ya!

Resepi Mudah Bihun Goreng Putih - Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahan:

Bahan A:
3-4 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
2 inci halia
Nota: Kisar kesemua bahan A

Bahan B:
2 - 3 keping dada ayam dipotong kecil-kecil
1/4 kobis ungu/hijau dihiris kecil
Lobak sebatang dihiris halus memanjang
1/2 kiub ikan bilis
1 bungkus bihun direndam hingga lembut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:
  1. Tumis bahan kisar hingga halus sehingga naik bau. Masukkan kiub ikan bilis, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  2. Kemudian masukkan isi ayam.
  3. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
  4. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan goreng hingga semua bahan masak.
  5. Rasa, jika ok, boleh tutup api.
  6. Hidangkan bersama sambal kicap jika suka.

Post a Comment

Previous Post Next Post