Sunday, June 10, 2012

Kek Karamel Sakura Kakakechik



Hari tu masa kat Pendang, Kedah, Kakakechik Shida ajak buat kek karamel ni. Yang ni perisa oren dan coklat. Cuma, kaler oren tu tak nampak sangat, mungkin leh tambah lagi pewarna oren kalo nak bagi lagi cantik. :)

Nak tengok kisah di sebaliknya boleh tengok SINI.

Untuk resepi, saya ambil dari blog Kakakechik jugak, macam kat bawah ni~

# loyang 8 @ 9 inci

Bahan-bahan dan tekniknya :

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
**Jadikan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang.


BAHAGIAN ATAS( karamel )
1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
** Kacau sebati..kacau dengan perlahan dan ketepikan.


LAPISAN KEK (A)
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak (3-4 sudu)

** Putar telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit.
** Biarkan sebentar.


MERINGUE (B)
6 telur putih
70 gm gula kastor
1 sudu teh cream of tar-tar

** Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar…pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.
** Campurkan A dan B..KACAU DENGAN TANGAN..kaedah kaup balik.

Cara-cara:

  1. Tapis karamel dalam loyang gula hangus.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan.(kakakecik bahagikan kepada 2 bahagian : 1 – pewarna hijau + pandan paste dan 1 bahagian lagi mocha paste).
  3. Panaskan oven selama 10 minit.
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gune api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pade suhu 180 darjah.




14 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

boleh baca resepi ja la buat tak reti

hahaha

sury_masury said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

salam singgah sini..cantek kek,mesti sedap..:)

~~zana@pb~~ said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Amboi....sakura dah buat kek ni. Akk salin resipi, lps tu perap dah berbulan. Masih belum berani nk buat. Tahniah.

Gee® said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

woweee...cantek dan pasti sedap...

aDisH.sHidA said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

sunah...hehhee..rasa akak warna oren tu dah ok myb cmra hp sunah kot hehehe...ke kurang rasa oren nya...

resepi tu pandan oren kan..pandai2 la sapa nak wat tukar perasa kan

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@aDisH.sHidA

ye ke kak? rasa macam kurang kaler dia ari tu..haha...takpe...rasa tu ada... :D

Azien Wasli said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Sunah..
Hehe..'minyak' ya,myk masak ka?kek ya blapis2 o adunan kaler ya d campur trus skali?mmg xda gn mntega ka?

Azien Wasli said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Sunah..ada gik soalan..apa mksud dabel boiler..ltak aek pnas dlm oven skali ka?smpey kek masak o 40min ptama jak?

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Azien Wasli

aok yen, minyak masak...kek ya, masa kita masok dalam loyang, campur sekali sia..sikda guna mentega..

double boiler ya macam ko padah ya lah...letak loyang kek ko dalam loyang lain nok berisik aek panas... sampei kek masak...:)

gadis statik said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

kak~kalau kukus xbole ke?

gadis statik said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

kak~kalau kukus tak bole ke?

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@gadis statik

tak sure la pulak bole ke tak..sebab ada lapisan karamel bawah dia masa membakar tu..tak tau ada efek ke tak kalo kukus...

maszull said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

assalamualaikum sunah...wah !!! sedapnya...:)

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Raimiset: wa!!!!!!!!!!!!!!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.