Saturday, December 29, 2012

Kek Karamel Pic Honeydew... Versi Tebal


Alhamdulillah.

Akhirnya mengaramel jugak. Kali ni untuk santapan sendiri. Nak bagi anak tekak sendiri pulak merasa setelah sekian lama buat untuk orang lain aje. Hehe. Disebabkan ada beli perisa baru beberapa hari lepas, tu yang jadi teringin nak try. Perisa baru tu pic dengan honeydew. Sedap jugak. Err...semua sedap kot kalo kek karamel ni. =.="

Kali ni disebabkan untuk santapan anak tekak, maka kita buat doubleeeeeeee karamel yeee~ So, karamelnye jadi teballlll gituuuuuuu. Hiks! Kalo labmate saya tengok ni, jeles-meles dia sebab dia sukaaaa sangat dengan karamel ni haaaa. Meh kita tengok resepi dia kayy~ Lebih kurang je macam yang sebelum ni, cuma ada sikit ubah kat adunan karamel.



Loyang:
Bulat saiz 8"

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
**Jadikan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang.


BAHAGIAN ATAS (karamel)
1 tin susu cair
70 gram gula kastor
1 sudu teh vanilla
5 biji kuning telur
2 biji putih telur
1 sudu teh tepung jagung
** Kacau sebati dengan perlahan dan ketepikan.


LAPISAN KEK (A)
140 gram tepung gandum
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak (3-4 sudu)

** Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit.
** Kacau sebati.


MERINGUE (B)
6 biji putih telur
70 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tar-tar (saya tak guna pun)
** Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar. Pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.

** Campurkan adunan A dan B. Kacau dengan kaedah kaup balik. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Pewarna hijau + perisa honeydew
  • Pewarna oren + perisa pic

Cara-cara membuat kek karamel:

  1. Tapis karamel ke dalam loyang berisi gula hangus.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan. Ambil satu senduk adunan hijau, tuang ke atas karamel dalam loyang tadi. Kemudian, ambil satu senduk adunan oren, tuang pula ke atas adunan hijau tadi. Ulang sampai adunan habis. Rujuk gambar setelah habis dituang ke dalam loyang di SINI.
  3. Panaskan oven selama 10 minit.
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler (loyang diletakkan dalam loyang/dulang lain berisi air) dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gunakan api bawah dan 15 minit lagi, api atas dan bawah pada suhu 180 darjah Celsius.
  6. Apabila kek sudah masak, biarkan ia sejuk sendiri, kemudian keluarkan dari loyang dan terbalikkan (lapisan karamel di atas).
  7. Simpan dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidangkan.




6 comments:

Ummi Syafiq said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

Warna tu cantik. Wahh honeydew

Ida Firdausi said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

kite buat mesti tak jadik..hehehe.. cantik!

Faryza said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

salam. nak tanya.. awak guna loyang saiz ape ye? tq

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Faryza

wa'alaikumussalam...

saya guna loyang bulat saiz 8"..

Anonymous said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

salam,.sy brminat nk mencuba kek nie..bole kukus tak?.. dan nk tnya kalo tukar adunan kek kpd kek minyak atau guna sponge kek..bole jadi jg tak?..maaf sy byk tnya sbb baru bljar.. tq yea..

Sunah Sakura said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Anonymous

wa'alaikumussalam...tak pernah cuba mengukus...tapi kawan pernah cerita, dia try kukus macam tak berapa jadi..

tak pasti boleh atau tak adunan kek tukar kepada kek lain, sebab takut tak lekat...boleh try kalau nak.. :)

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) kentang (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Kacang (2) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) ikan bilis (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sambal (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) tempe (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.