Kek Lapis M&M versi Selera Sakura


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah lama saya tak update resepi terbaru. Atas faktor kekangan masa, selain dari da tak banyak menderhakakan resepi, menyebabkan Selera Sakura ni bersawang berlapis-lapis gamaknye. Tapi tak la banyak sangat lapisnya sampai jadi macam kek lapis kan? =.=" 

Sebut pasal kek lapis, pagi tadi saya sempat menjalankan operasi membakar kek lapis untuk tempahan rakan lab. Kek ni da pernah buat sebelum ni, cuma yang sebelum ni, keknya agak nipis bagi saya, jadi saya derhakakan resepi asal kek ni, jadi la versi Selera Sakura pulak. Meh tengok resepi Kek Lapis M&M versi saya kayyy~

Resepi: Sunah Sakura
Oleh: Sunah Sakura

Saiz loyang: 8" X 8" X 3"

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam gred A
500 gram mentega
200 gram gula halus/kastor
300 gram susu pekat manis
1 sudu besar ovallate
1 sudu teh esen vanilla
250 gram tepung Hong Kong
100 gram Horlicks
coklat M&M secukupnya


Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dengan gula sampai putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  2. Masukkan esen vanilla dan ovallate. Gaul rata dan masukkan susu pekat manis. Pukul dengan kelajuan perlahan hingga adunan sebati.
  3. Masukkan tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dengan kelajuan paling rendah hingga adunan bergaul sebati.


Cara-cara membakar:
  1. Griskan dasar loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper.
  2. Panaskan oven pada suhu 175 - 200 'C mengikut kepanasan oven masing-masing.
  3. Bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan pertama dengan menggunakan api atas dan bawah. Bila dah keperangan, bakar 5 sudu makan adunan untuk lapisan kedua dengan menggunakan api atas sahaja. Untuk lapisan ketiga, susun coklat M&M di atas lapisan tersebut sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar hingga keperangan. Ulang sampai habis.
  4. Untuk lapisan terakhir, bila da keperangan, tukar api atas dan bawah pada suhu 150 'C dan bakar lagi selama 10 minit.


Cara-cara penyimpanan:
  1. Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang dan balut dengan aluminium foil.
  2. Masukkan dalam peti ais dan keluarkan untuk dipotong serta dihidang bila perlu.


Untuk tempahan, boleh rujuk SINI.

Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

1 Comments

Previous Post Next Post