Menu

Kek Karamel Mangga + Yam


Alhamdulillah. Ada lagi tempahan.

Semalam pun ada, Kek Karamel Aisyah versi karamel biasa. Dah biasa tengok kan kat sini. Sebab tu tak update. Hehe.

Kali ni, housemate tempah untuk menjamu kawan-kawan kerja dia. Sempena dia nak berhenti dah dan memulakan kerja baru di tempat baru pulak.

Housemate pernah rasa kek karamel banana mango satu masa dulu sebelum saya balik ke Sarawak. Dia nak jugak lah perisa tu untuk kek yang ni. Tapi malangnya perisa pisang da habis! Dia pun tukar kepada yam atau keladi. So, jadi lah warna purple tu bercampur dengan warna oren untuk mangga.

Resepi sama macam sebelum ni, boleh rujuk SINI ye! :)

Dan untuk yang nak mencuba buat kek karamel, ramai yang bertanya kepada saya sebab risaukan karamel bercampur dengan kek masa membakar. Jangan risau. Ikut aje resepi tu. :) Sebab, adunan kek dan karamel memang tak akan bercampur. Macam dalam gambar bawah ni.


Nampak kan, adunan karamel kat bawah lapisan kek kaler oren dan purple?

Tak terganggu dek adunan kek tu, ok? ;)

So, tuang la adunan tu bersilih ganti sampai habisssss.

Macam dalam gambar kat bawah ni lak!


Jangan jemu mencuba tau!

Buat lah banyak-banyak kali sampai kek karamel kamu jadi sangat cantikkkk dan sedap! :)

Untuk tempahan sekitar Skudai dan Johor Bahru, boleh klik SINI. :)

No comments:

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats