Kek Lapis Cadbury...Kek Lapis India


Kek Lapis India...mesti ramai yang tak kenal. Tapi kalau sebut Kek Lapis Cadbury, ramai yang tahu. Sebenarnya, kedua-dua kek ini adalah kek yang sama. Nama asalnya Kek Lapis India, tetapi telah dimodenkan jadi Kek Lapis Cadbury, yang mana lebih melambangkan kek lapis tersebut sendiri. Lagi senang nak gambarkan kepada orang lain, dengar nama je dah tahu tu kek lapis yang ada coklat Cadbury. Hihihi.

Kek Lapis Cadbury ni dah banyak kali dah saya buat, antara kek lapis yang paling banyak menerima tempahan di Selera Sakura. Cuma resepi sahaja yang belum pernah masuk blog. Sebab? Setiap kali buat, mesti habis. Buat lagi, mesti habis. Tak sempat langsung nak ambil gambar yang cantik-cantik untuk masukkan dalam blog. Sampaikan kawan-kawan yang nak try buat pun tanya, mana resepi kek ni, tak ada pun dalam blog? Maka, saya pun copy & paste link dari blog kak Dayang Jack untuk diorang rujuk.

Sememangnya selama ni, saya pakai resepi kak Dayang Jack untuk buat Kek Lapis Cadbury. Cuma saya kurangkan gula sebab kawan-kawan dan customer cakap manis sangat. Coklat Cadbury tu dah manis, kalau kek pun manis, boleh kencing manis nanti. Hihihi. Maka, saya ubah sikit dari resepi asal tu. Jom tengok resepi!

By: Sunah Sakura

Saiz loyang: 8" x 8"

Bahan-bahan:

500 gram mentega berkualiti tinggi
120 gram tepung gandum
200 gram gula halus
10 biji telur ayam gred A
100 gram tepung biskut marie
65 gram serbuk horlicks
50 gram serbuk santan (1 peket)
300 gram susu pekat manis
3 bungkus kepingan coklat Cadbury
pewarna kuning - optional

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 170-190 'C.
  2. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  3. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  4. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  5. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  6. Ambil 5 sudu makan adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  7. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
  8. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Sunah Sakura

| JDT Blogger | UTM PhD Student | Part Time Baker @ Selera Sakura | Email: siti_hasunah@yahoo.com

12 Comments

  1. sedapnyaaaa aduhaiiiii macam nak order jeee

    ReplyDelete
  2. Ooo yg ni pki biskut ye, lmbt sikit la nk cuba sbb xde stok biskut

    ReplyDelete
  3. kak sunah, tepung biskut marie tu akak hancurkan biskut ke memang ada tepung?

    ReplyDelete
  4. @Lydia Miza

    aha pakai biskut kak...saya pun kalau yang pakai biskut ni alahaiiiii...leceh sebab nak kena hancurkan blend biskut tu dulu...

    ReplyDelete
  5. @Ana AuNi

    biskut kena blend dulu atau tumbuk kemudian, tapis sebelum ditimbang..

    ReplyDelete
  6. @liyana manap

    serbuk santan dear...yang 50 gram sepeket...

    ReplyDelete
  7. santan cair ole tak..da salah bli

    ReplyDelete
  8. @Bisz Mina

    erm..tak pasti pulak boleh ke tak..tak pernah guna yang cair...dan tak tahu sukatan dia macam mana kalau guna yang cair..

    ReplyDelete
  9. Hai :) Salam kak.Tmpang tanya,anggaran brapa lama bakar untk 1 lapisan?Sya xbrapa pndai sngt kalau buat kek lpis ni.

    ReplyDelete
  10. Nmpk pun da menyelerakan.. Nnti saya nk try la insha Allah.. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post