Thursday, January 28, 2016

Vanilla Bean Panna Cotta


Assalamualaikum dan selamat petang!

Dalam cuaca yang panas macam ni, adalah sangat elok kiranya kita menyejukkan anak tekak dengan dessert yang enak dan menyelerakan, ye tak? Koh koh koh...ini antara idea yang menarik untuk pencuci mulut selepas makan tengahari nanti atau untuk makan-makan di waktu petang.

Sebenarnya ni menu tahun lepas, sebelum puasa lagi! Tapi baru tahun ni berkesempatan nak edit gambar dan buat entry. Maafkan saya. -_-"

Vanilla bean? Tau tak ape tu? Mungkin ada yang tau, tapi tak pernah nampak dan mungkin tak pernah guna. Ok, kat Malaysia ni ade banyak dealers yang jual vanilla beans sebenarnya. Salah satu daripadanya adalah Vanillasia. Vanilla bean dari Vanillasia terdiri daripada Tahitian Vanilla Beans dan Madagascar Vanilla Beans, produk yang sangat berkualiti tinggi!

Vanillasia Madagascar Vanilla Beans

Untuk pertama kali menggunakan vanilla bean, saya bertukang di dapur membuat panna cotta. Puas saya menggodek-godek resepi nak tengok mana yang paling boleh saya ikut. Rupa-rupanya senang je nak buat panna cotta, tapi kena hati-hati pilih susu atau cream sebab kalau tersalah pilih takut kedua-duanya tak homogenized, panna cotta akan terpisah jadi dua layer sebelum gelatin sempat membekukan cream panna cotta. Nak didihkan pun tak boleh sampai mendidih, cukup simmered under boiling point je. Dan lagi satu, panna cotta amek masa yang lama untuk set, dalam 4-5 jam juga kene masukkan dalam freezer baru la boleh makan.

Kalau guna esen vanilla pun boleh nak buat panna cotta, tapiiiii kalau guna vanilla bean rasa cream tu lagi umpppphhhhh sebab vanilla seeds da meresap ke dalam cream semasa proses memasak. Haa..gitu! Vanilla bean pulak ada caranya kalau nak pakai. Kamu juga boleh pelbagaikan rasa dan rupa dia. Ada yang bubuh puri buah-buahan juga kalau rajin Google. Untuk resepi ni, saya belek-belek dalam Google dan tertarik pada resepi omputih yang simple dekat Taste.com.au. Website Australia ni, confirm la bahasa omputih kan. Jadi, saya tolong modify sikit bahannya dan translate dekat sini ek~

Bahan-bahan:
375ml whipping cream*
375ml milk*(*atau boleh doublekan whipping cream untuk lebih lemak berkrim)
1 tangkai Vanillasia Tahitian Vanilla Bean
115g gula kastor
2 1/2 sudu teh serbuk gelatin halal
Potongan buah kiwi (boleh guna mana-mana buah yang masam-masam manis)

Cara-cara membuatnya:
Masukkan krim dan susu ke dalam periuk. Dengan menggunakan pisau yang kecil, di atas dulang, belah vanilla bean secara memanjang kepada dua, tetapi jangan sampai putus, tinggalkan sikit hujungnya bersambung supaya mudah untuk kamu handle bean tersebut. Dengan menggunakan bahagian belakang hujung pisau, kikis sekali lalu bahagian dalam vanilla bean yang dah dibelah. Yang kamu dapat pada belakang pisau itu adalah vanilla seeds. Masukkan vanilla bean dan seeds tu ke dalam periuk tadi. Dengan api sederhana, panaskan krim dan susu tersebut. Bila hampir mendidih macam muncul buih-buih kecil yang tak ketara, tutup api dan angkat dari dapur. Ketepikan 10 minit.

Vanillasia Tahitian Vanilla Seeds

Tahitian Vanilla Bean yang dah dibelah sepenuhya dan diambil seedsnya

Keluarkan vanilla bean daripada krim. Masukkan gula kastor, kemudian panaskan semula dengan api kecil. Kacau krim selama 5 minit atau sehingga gula larut. Tutup api.

Dalam sebiji mangkuk tahan haba, masukkan 2 susu makan air panas mendidih. Taburkan gelatin ke dalamnya. Didihkan pula air dalam periuk kecil yang lain. Angkat dari dapur, masukkan mangkuk berisi gelatin ke dalam air panas tersebut dan gaul gelatin hingga larut. Biarkan menyejuk sekejap, baru masukkan ke dalam krim tadi. Kacau rata-rata.

Masukkan krim panna cotta ke dalam cawan lutsinar atau mangkuk puding. Sejukkan di dalam peti selama 4-5 jam. Hias dengan potongan buah-buahan sebelum menghidang.




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.