Maaf ye, kalo ade yang da muak tengok saya buat pasta ajeee... Saya gila pasta, jadi takleh nak buat ape da la kalo asyik mempasta ajeee... Kali ni saya try sos yang berbeza pulak. Tapi saya guna yang dalam tin tu, instant punya. Saja nak rasa yang lain dari biasa... Lagipun sorang je kat rumah, bolehlah buat sesuka hati. Jom tengok cane saya buat. Sebelum tu meh jenguk rumah sebelah, ada GA. Klik banner kat bawah untuk jenguk.
Saiz: 1 orang
Bahan-bahan:
1 genggam fettucine (disediakan macam NI)
1 batang sosej (dibelah dua dan dihiris)
1 sudu mentega
3 sudu sos Alfredo Portobello (Campbells')
1 keping keju (Cheesedale)
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk daun parsley
Ini amek dari MamaFami |
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan kuali, masukkan mentega. Masukkan jugak sosej dan goreng bagi sosej masak sikit.
- Masukkan sos Alfredo Portobello dan gaul bagi sebati.
- Masukkan lak keju (kalau taknak masukkan pun takpe sebab dalam sos ni sendiri dah ada) dan gaul rata baru masukkan serbuk oregano sikit.
- Masukkan fettucine. Gaul kesemuanya sampai bercampur. Then matikan api.
- Siap untuk dimakan, taburkan serbuk daun parsley.
Ni versi pekat dan creamy... Saya tak tambah garam sebab sosej, mentega dan keju da cukup masin. Rasanya boleh tahan beb!
Ceq kata: Kalo buat fettucine gaya ni mesti kak Ajan suka sebab sos dia meresap ke dalam fettucine berbanding cara biasa yang asing-asingkan sos.
Tags:
pasta
akak pun suka pasta.
ReplyDeletesos alfredo tu belum pernah cuba lagi masih sedap dengan carbonara prego
Lapor ler perut tengok pasta dik Sunah ni....
ReplyDelete