Nasi Goreng Tomyam Mudah

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis.

Wah, akhirnya seorang Sunah punya dapur berasap juga dengan menu yang lebih berat dari biasa. Haha. Bukannya apa, selama ni jarang sangat dah memasak kat dapur atas faktor tengah diet, faktor kuantiti pemakan dan faktor bajet juga.

Ye lah, kalau kau sorang aje kat rumah, nak memasak macam-macam lauk tu, kosnya tinggi. Lain lah kalau kau makan beramai-ramai. Lebih berbaloi untuk masak macam-macam jenis lauk makanan berat. Nasi pun saya jarang makan dah sekarang sebab nak kempiskan perut. Kahhh. Biasanya saya sarapan dengan roti bakar aje sapu peanut butter atau makan kosong macam tu aje. Kadang-kadang makan oat aje. Benda yang simple tapi mengenyangkan sampai petang.


Tapi semalam, disebabkan ada tetamu, saya terbuka hati untuk memasak. Hihihi. Alang-alang ada baki nasi putih dari makan malam hari sebelumnya, boleh lah buat sarapan nasi goreng tomyam. Merangkap makan tengahari jugak sebab nasinya banyakkkk. Makan lah kau berpinggan-pinggan. Pagi-pagi kan dah jogging, boleh lah makan banyak sikit. Tiberr. Ok lah, jom tengok resepi cincai-cincai ni.

Saiz hidangan - 4 hingga 5 orang makan

Bahan-bahan:
Nasi putih
Isi ayam dipotong kecil
1/2 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang merah dihiris
4 tangkai cili padi (nak lagi pedas, tambah sendiri) diketuk
1 batang serai dihiris
3 sudu besar pes tomyam
2 helai daun limau purut
1 biji telur ayam
1/4 sayur kobis dihiris
1 biji lobak dipotong ikut suka
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng


Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan semua bawang, cili padi dan serai. Goreng sampai naik bau.
  3. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam masak sedikit, baru masukkan pes tomyam dan daun limau purut. Gaulkan hingga rata ke semua bahagian ayam.
  4. Masukkan sayur kobis dan lobak, goreng lagi hingga sebati.
  5. Masukkan nasi dan kaup balikkan sampai warna nasi sekata. Buat lubang di tengah-tengah kuali, masukkan telur. Sambil tunggu telur tu masak sedikit, taburkan sedikit garam pada nasi. Bila telur da masak sikit, boleh gaulkan bersama nasinya.
  6. Rasa, kalau dah ok, boleh tutup api. Siap.

Post a Comment

Previous Post Next Post