Resepi Oden Homemade Senang dan Sedap | Siapa suka Oden? Alah, makanan cucuk-cucuk kat FamilyMart tu! Atau nak lebih familiar, yang dekat medan selera AEON Mall area Japanese food. Nak lagi familiar? Alah, yang macam steamboat tuuuu~ Haha!
Kepada peminat Oden, ni nak share resepi mudah untuk korang buat Oden sendiri kat rumah. Dah tak payah nak beratur panjang kat FamilyMart semata-mata nak makan seketul dua cucuk Oden. Bila buat sendiri, boleh makan banyak-banyak dan harganya lebih berbaloi. Puas hati!
Jom tengok resepi!
Bahan-bahan kuah:
2 paket perencah asam pedas Adabi
4 sudu pes tomyam
Air secukupnya
Bahan-bahan steamboat (ikut citarasa masing-masing):
1 pek Seafood Steamboat campuran
Fishcake secukupnya
Fishball secukupnya
Jejari ketam secukupnya
Cendawan secukupnya
Brokoli secukupnya
Cara-cara membuatnya:
- Sediakan periuk steamboat (kami guna set Cornell). Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
- Masukkan perencah asam pedas dan pes tomyam. Biarkan mendidih sekali lagi. Kami tak tambah garam atau perisa apa-apa dah sebab dah cukup sedap kuahnya.
- Boleh lah masukkan bahan-bahan steamboat yang lain. Masak dalam 3 - 5 minit, kemudian boleh lah ceduk ke dalam mangkuk bersama kuahnya. Makan panas-panas.
Selamat mencuba!
ala mudah sangat resepi kan.. semuanya beli2 hii
ReplyDeleteOohhh..mudah bebenor resepi kuah oden ni rupanye. Boleh ler try nnti..nyum..nyum!
ReplyDeleteBest nye. Esok nk cube
ReplyDelete