Thursday, February 24, 2011

Megi Goreng Untuk Orang Alergik


Malam ni tadi kelaparan yang teramat sangat. Malam ni tu maksudnya petang tadi, ok? Baru sempat nak update ni...ade meeting lak tadi...Huhuhu.

Saya dan osmet yang kelaparan tak tahu nak masak ape. Nak masak ayam? Tak boleh, osmet itu alergik ayam dah sekarang. Pizza Telur Berkeju pun dah takleh nak makan. Sian sangat kat dia. Huhu.

Jadi...saya pun apa lagi, "megi goreng nak?"

Hoho~ boleh aje~


Bahan-bahan: (untuk 3 orang makan)

3 bungkus megi (tak kisah jenama apa, tapi osmet saya beli maggi la pulok)
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 biji cili padi (nak pedas lagi, tambah lagi~)
sedikit sayur kobis
sedikit kicap
sedikit minyak, ok?

Cara-cara membuatnya:

Rebus megi sampai lembut tanpa dicampur dengan perencah, jangan bagi kembang sangat. Tus dan ketepikan.
Then, amek 2 perencah megi tadi dan bancuh dengan sedikit air. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang dan cili padi. Bila da naik bau, masukkan perencah yang dah dibancuh.
Agak-agak dah naik bau jugak, masukkan lak sayur kobis. Gaul rata-rata ek.
Then masukkan megi yang direbus tadi.
Gaul-gaul-gaul lagik~
Masukkan kicap~ mmmm...sedap-sedap!
Bila dah bergaul mesra semuanya, bolehlah tutup api, ok?
Dah boleh makan!

Saya tak letak garam, sebab dah cukup masin perencah tu tau! Then, kalo suka, masukkan ayam dan telur, osmet saya kan alergik! Jadi takleh nak masukkan...hehehe.

Nak campur serbuk oregano sebelum makan? Boleh aje~ ;)





4 comments:

Amy Syaquena said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

wah bestnya harus di cuba nie..

note : follow sini juga ada masa jemput la singgah ke sinar raudah ye.

Sunah Mohammad said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@Amy Syaquena

terima kasih~ :)

rarapuing said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

singah sini n rara da folow blog u !nice

wah resepi ni bole try la seswai gan rara ni .teeheee

Sunah Mohammad said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

@rarapuing

terima kasih~ jangan lupa try~ :)

Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.