Menu

Kek Lapis Idola...Yang Mana Satu Idola Blogger?

بسم الله الرحمن الرحيم



Yang mana satu idola ampa? Hahaha~ Okeh, okeh...yang ijau tu Kek Lapis Overgreen (kadang-kadang dipanggil Evergreen), boleh rujuk resepinya kat SINI. Yang bukan hijau tu lah Kek Lapis Idola. Kek ni antara kegemaran jugak lah kat sana kalau musim-musim perayaan. Rasa coklat kat tengah-tengah tu kanak-kanak dan para gadis suka banget! Hahaha~ Okeh...jom kita tengok resepi.

Bahan-bahan:
10 biji telur ayam
16 oz mentega
200 gram horlick
80 gram kaya
50 gram serbuk santan
60 gram coklat masakan (dimasak)
1 tin susu manis
1/2 gelas vico
1/2 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh vanilla
sedikit browning
pewarna kuning

Cara-cara Membuatnya:
Mentega dan gula dipukul sampai putih. Masukkan telur satu persatu sampai habis, gaul rata.
Masukkan susu, horlick, kaya, santan, tepung dan vanilla, gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Warnakan kuning - bahagikan kepada dua bahagian untuk lapisan bawah dan lapisan atas.
  1. Campurkan vico, browning dan coklat masakan.
  2. Bakar bahagian bawah dulu berlapis-lapis hingga habis bahagian pertama adunan kuning.
Kemudian, bakar pula bahagian coklat berlapis-lapis hingga habis adunan coklat.
Bila da masak, bakar pula berlapis-lapis bahagian kedua adunan kuning tadi. Kiranya adunan kuning ni jadi pengapit adunan coklat.

Untuk setiap lapisan, ceq buat 5 sudu makan setiap adunan. Ceq bakar guna acuan 8'X8' dengan menggunakan api 175C selama 5-10 minit. Camne nak tau da masak ke tak? Lapisan tu jadi kekuningan okeh...tu yang buat kek lapis ade garis-garis~ Kalau adunan coklat tu hati-hati sikit sebab susah nak tengok da masak ke tak dengan kaler tu. Hehehe...Faham?

Ceq kata: Selamat mencuba ya, try la buat. Resepi da bagi...:)

4 comments:

Miss Ran said...

Wah..buat sendiri ke?

pandainye..tk pnh tpkir nk wat..ehem
y bg kat dia buat ke beli

Sunah Mohammad said...

@Miss Ran

ehemmmm....jarang beli...kalau da pandai buat, maka buat sendiri lebih puas....! :D

AdyBudika said...

sedappppppppppp

aDisH.sHidA said...

tangan akak dok bau kek lapis g..makan sepotong sepotong dah 2pagi berturut2...dok pk bau susu nie...rupa2nya ada horlick...tu makan skit2..sebab akak kureng ngan susu, horlick etc

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats