Tuesday, August 30, 2011

Kek Lapis Dua Dalam Satu~~~


Ni pun kek lapis yang dibuat masa hari terakhir Ramadhan. Ni adik ceq buatkan. Festime dia buat yang cenggini. Walaupun agak bercerai-berai sikit, tapi cantik kaler dia...menyerlah gituuu~ Kena puji, baru dia rajin nak melapis lepas ni~~~ Lalala~ Moh le kita tengok resepi yang ni pulak ye~

Bahan inti:

12 oz mentega
8 biji telur ayam
12 oz gula halus
1 sudu makan ovallate
12 oz tepung gandum
1 sudu teh vanilla
2 sudu makan tepung jagung

Cara-cara membuatnya:

Pukul telur dengan vanilla. Mentega dipukul dengan gula sampai gebu. Masukkan telur yang dah dipukul tadi ke dalam adunan mentega, masukkan pula ovallate dan akhir sekali masukkan tepung, gaul rata-rata. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian, satu warna merah, satu lagi warna hijau. Bakar setiap bahagian hingga masak dalam acuan 8" x 8" x 1" dan potongkan 1 inci setiap satu bila da masak. Selepas dipotong 1 inci, potong pula segitiga-segitiga secara memanjang. Ada acuan khas yang digunakan untuk memotong bentuk macam ni.

Bahan lapisan atas dan bawah:

10 biji kuning telur
5 biji putih telur
8 oz mentega
5 oz tepung gandum
5 oz gula halus
5 oz tepung susu
1 sudu makan ovallate
1 sudu makan tepung jagung

Cara-cara membuatnya:

Pukul telur dengan gula hingga kembang. Mentega dan susu dipukul hingga sebati, kemudian campurkan kedua-dua adunan tadi, gaul rata-rata. Bahagikan kepada dua bahagian.

Bakar lapisan bawah berlapis-lapis hingga habis, susun inti segitiga tadi sampai habis, kemudian bakar pula lapisan atas berlapis-lapis hingga habis.

Gunakan jem untuk melekat bahagian inti pada lapisan atas dan bawah.




Kelupis... Juadah Wajib Menjelang Aidilfitri


Setiap tahun, juadah yang mesti ada kat rumah ceq, kelupis ni lahhhh... Pernah nampak tak benda ni? Pernah buat, pernah makan? Guna beras pulut yang direndam dan 'ditanak' sekejap dalam kuali bersama santan kelapa dan sedikit garam, kemudian dibungkus kat dalam daun tuuuu... (kitorang panggil ra'on tulen - bahasa Melanau Bintulu) sebelum dikukus selama beberapa jam. Kira ketupat pulut versi lain la~

Ni mak ceq yang masak, dia selalu dapat tempahan kelupis ni time raya gini. Boleh dimakan bersama rendang, kuah kacang, dan lauk-lauk raya yang lain. Rasa dia...mmmmm...lemak-lemak gitu~

Kan da kata, macam ketupat... :p

Selamat Hari Raya Aidilfitri ye kepada semua. Mohon maaf zahir batin atas segala salah silap. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Ameen...




Kek Lapis Tikar Mengkuang... Tak Boleh Duduk Atas Tikar Ni...


Sebenarnya da penat sangat nak up entri ni. Tapi paksa diri jugak untuk update. Takot kang kalau tangguh-tangguh lama-lama jadi malas nak update dah... T_T So, ni kek yang ceq buat hari last Ramadhan. Selalunya yang kene ada inti ni memang buat last minute...Sebabbbbb, nanti kalau rasa malas, tak payah buat. Hahaha~ Kejiiiii~ Meh la kita tengok resepi eks~

Bahan inti:

A

10 oz mentega
2 sudu makan susu pekat manis

B

12 biji kuning telur (sejukkan)
4 biji putih telur
5 oz gula halus
6 oz tepung Hong Kong
2 oz air sejuk
1 sudu makan coklat paste
1 sudu teh esen strawberry
1 sudu makan pewarna merah

Cara-cara membuatnya:

Pukul bahan B hingga pekat. Pukul bahan A berasingan hingga putih, kemudian masukkan ke dalam bahan B dan kacau hingga rata. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian, satu letak coklat paste, lagi satu letak esen strawberry dengan pewarna merah. Sediakan acuan nipis 8" x 8" x 1", kemudian bakar berlapis-lapis hingga habis. Bila da masak, potong 1 inci setiap satu.

Bahan lapisan atas dan bawah:

A

10 oz mentega
2 sudu makan susu pekat manis

B

12 biji kuning telur (sejukkan)
4 biji putih telur
6 oz tepung Hong Kong
2 oz air sejuk
5 oz gula halus
1 sudu makan ovallate
1/2 sudu teh VX2*
1 sudu teh benzoat*

*ceq tak guna yang ni sebab tak tau nak carik kat mana...

Cara-cara membuatnya:

Pukul semua bahan B hingga pekat. Pukul bahan A berasingan, kemudian campur kedua-dua adunan dan kacau rata. Bahagikan kepada dua.

Bakar bahagian bawah selapis-selapis hingga habis. Kemudian, susun inti tadi, satu menegak dan satu dibaringkan. Buatlah begitu hingga habis. Kemudian lapis lagi bahagian atas hingga habis.

Gunakan jem untuk menyusun kuih. Jem ni fungsinya macam pelekat.

Pssst, ada satu lagi kek... Tu esok eks ceq up kan entri dia...




Monday, August 29, 2011

Kek Lapis Buah... Rajin Pulak Nak Buat...


Rajin??? Mana ada rajinnn... Ni ada kawan mintak tolong buatkan. Kalau tak, mana ada rajin nak buat. Sebab family takde yang suka sangat kek buah, kecuali my bapak. Nanti kalo buat, ade tu simpan dalam peti ais sampai raya tahun depan pulak. Hahaha~ Okeh, jom tengok resepi ni ye.

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam
2 gelas gula
2 sudu teh esen vanilla
1 bungkus ceri merah dipotong 4 segi
1 bungkus ceri hijau dipotong 4 segi
16 oz mentega
3 gelas tepung gandum
300 gram kismis hitam
300 gram kismis kuning
1 tin susu manis

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu. Gaul sebati.
  3. Masukkan susu, tepung dan vanilla, kacau hingga rata.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian - 1) Masukkan buah-buahan (digaul dengan sedikit tepung). 2) Biar warna asal.
  5. Gris loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper. Bakar selapis adunan warna asal dengan api atas dan bawah.
  6. Bila da masak, bakas pula selapis adunan buah-buahan. Ulang sampai habis.

Ceq guna 6 sudu makan, suhu 175 C.




Friday, August 26, 2011

Kek Lapis Tembikai Susu


Ermmm... Hari ni macam nak mengamuk ajee. Tak tahu nape... Panas je hati ni. Rasa nak marah kat semua orang. Entah ape-ape je. Hurmmm... Nak kata hangin macam Pak Cik Mat kalau bangun dari tido siang, ceq hangin pagi-pagi. Aiyakkk! Tak berjangkit okehhh! Pembawak budak pun bukan jugakkkk! Gggggrrrr... Mungkin rasa marah bila perintah Allah diabaikan... Ye lah, bulan Ramadhan kan. Kita risau kalau amalan kita sepanjang bulan ni tak diterima oleh Allah. Moga diampuni dosa-dosa kita semua. Jom lah kita tengok resepi ni.

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam
16 oz mentega
1 gelas gula halus (ceq guna 200 gram)
2 gelas tepung Hong Kong (ceq guna 300 gram)
1/2 tin susu manis
1 tin kecil seri kaya
1 botol kecil Horlicks (ceq guna 200 gram)
1 sudu makan ovallate
pewarna hijau dan merah jambu
2 botol sos jenis picit

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega, susu dan gula hingga putih dan gebu, kemudian masukkan ovallate, pukul lagi.
  2. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi sampai kembang.
  3. Masukkan seri kaya, Horlicks dan tepung, gaul dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian - warna plain, merah jambu, dan 2 warna hijau untuk lapisan atas dan bawah. Masukkan warna plain dan merah jambu ke dalam botol sos yang berasingan.
  5. Griskan loyang 8" x 8" dengan mentega. Bakar lapisan hijau bawah berlapis-lapis hingga habis.
  6. Kemudian pancitkan warna plain dan merah jambu berselang-seli dan bakar hingga masak.
  7. Buat begini berulang-ulang hingga habis barulah bakar lapisan hijau atas berlapis-lapis lagi sampai habis.

Sebelum dibakar

Selepas dibakar

Ceq letak 6 sudu makan untuk setiap lapisan yang kaler hijau tu. Untuk yang pancitkan guna botol sos, leh tengok cam kat atas ni ye.




Tuesday, August 23, 2011

Kek Lapis Oreo...Sedap Berkali-kali~


Sila mengaku bahawa kek ini nampak sangat sedapppp! :p

Beberapa hari sebelum ni, saya ada belek-belek blog bro Rozzan, sebab nak carik resepi-resepi kek lapis sarawak yang belum pernah dicuba lagi. Terjumpa la entri Kek Lapis Oreo dia yang sangat menawan hati. Jadi, untuk tempahan yang last ni, saya buat la kek ni. Jom semak resepi yang da ditukar sikit, saya tak guna cheddar cheese~

Bahan-bahan:

10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tepung Hong Kong
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes pandan
biskut Oreo secukupnya (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah


Cara-cara membuatnya:

1) Pukul mentega, gula dan vanilla sehingga kembang.

2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekadar untuk meratakan adunan.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang segi empat berukuran 7" x 7" yang telah dialaskan dengan baking paper dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 4 camca besar adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dengan api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas je (grill). Kemudian, ambil 4 camca besar adunan berwarna merah dan bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 4 camca besar adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya.


Saya guna acuan 7" x 7", so kek sangat tinggi. Kalau guna acuan 8" x 8" mungkin keknya akan jadi rendah sikit dari ni. Ikut citarasa masing-masing ye~ :)




Monday, August 22, 2011

Sahur Dengan Ni Sedap Jugak kan? Ehhhhhh!


Berbuka dengan ni pun boleh~~~

Hahaha~ Semalam buat kek lapis pandan choco berry. Ada tempahan dari rakan-rakan blogger. Sebenarnya saya tak bukak tempahan pun, cuma buat untuk beberapa rakan blogger yang mana sempat sebelum saya balik ke Sarawak. Kalau ada yang nak tempah jugak, mungkin saya akan buat kat Sarawak dan pos ke rumah. Macam tu aje yang mampu sekarang ni... Sebab saya kan student jugak, siang saya ke lab, malam aje la sempat nak buat melainkan saya ponteng lab. Aiyokkk!

Okehhh, kek dalam gambar ni sebenarnya adalah hasil dari lebihan adunan kek lapis pandan choco berry tu. Saya ubah sikit. Resepi dia sama je macam kek lapis pandan choco berry, cumanya yang ni saya lapis terus satu kaler sekaligus. Tu yang jadi tebal... Then, saya tabur chocolate rice sebelum bakar kek ni. Hehehe~

Sedap gakkkk~ Rasanya...lebih sedap dari kek lapis pandan choco berry tu. Ahahaha~




Saturday, August 13, 2011

Juadah Berbuka Puasa... Fusion Style?


Sebenarnya, da malas nak ulang tayang benda ni, tapi disebabkan ia berbeza sikit dari yang sebelum-sebelum ni, maka saya up jugaklah entri ni ye... Nampak beza dia, sos carbonara da jadi merah. Kang ada yang datang komen kata resepi tak valid pulak... =.= Tak kisah lah, jom tengok resepi dia ye.

Angel Hair Carbonara dengan Sos Cili

Bahan-bahannya:

3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 sudu besar mentega/marjerin
1 tin Campbell Mushroom Soup Classic
1 cawan susu segar
3 keping cheese
dada ayam didadu
3 sudu makan sos cili
1 sudu gula
sedikit garam
Angel hair (sediakan macam kat SINI)
serbuk daun parsley
serbuk lada hitam
serbuk oregano

Cara-cara membuatnya:

  1. Amek sikit mentega, letak dalam periuk, then panaskan.
  2. Agak-agak dah cair dan naik bau, masukkan bawang putih tadi. Goreng sampai kuning baru masukkan ayam. Bila da masak, angkat. Tutup api ye.
  3. Lepas tu, masukkan Campbell Mushroom Soup Classic ke dalam periuk tadi, masukkan gak 1 tin air (guna tin sup campbell tu). Bukak balik api ye.
  4. Kacau sampai hancur & tak ketul-ketul da~
  5. Then masukkan cheese.
  6. Bila da cair, masukkan susu sejat, gula 1 sudu dan sedikit garam.
  7. Lepas tu masukkan lak ayam yang dah digoreng awal tadi tu...
  8. Masukkan jugak sos cili dan gaul bagi rata (boleh tambah lagi ikut suka). Da masak~~~

Masa nak hidang, tuang sos atas angel hair, taburkan serbuk daun parsley~

Ceq kata: Yang ni kesukaan kak Ila, setiap kali buat carbonara, dia gerenti tambah sos cili pada sos putih. So yang ni versi da ditambah sos.



Sunday, August 07, 2011

Beef Sausage Puff Pastry


Semalam cakap kat Pak Cik Mat, nak buat Sausage Curry Puff macam yang dia buat kat SINI. Tapi semalam telur takde pulak. So, tak dapat la buat. Hari ni dah ade telur, bukan telur pengantin ye. Tapi telur ayam gred B. Try buat first time. Guna puff pastry yang Pak Cik Mat bagi hari tu. Jadi juadah berbuka puasa bersama-sama hosmet terchenta. Meh la kita tengok resepi dia...

BAHAN-BAHANNYA :

3 batang sosej daging Ramly, didadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pelepah daun kari, dilurut (ceq tak letak)
2 keping hirisan nipis halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging Adabi
1 camca besar sos Life
Garam jika perlu (ceq tak letak)
Sedikit air
1 paket puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
1 biji telur, untuk disapu

CARA-CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masuk rempah kari, sos cili dan juga air, kacau rata dan tumis hingga rempah garing. Gunakan api kecil.
  2. Masukkan sosej yang didadu tadi. Kacau rata, tuang sedikit lagi air dan biar kering, jika perlu tambah garam. Sejukkan.
  3. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 bahagian, 1 bahagian dikelar2, satu lagi letakkan 3/4 camca besar inti, ceduk isi sahaja, minyak diketepikan. Ratakan dan tutup dengan bahagian berkelar, kemaskan dan tekan tepi-tepinya dengan garfu.
  4. Alih dalam dulang pembakar, sapu dengan telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 195 C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, jika oven anda ada fungsi kipas, on kan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Ceq punya tak kemas sangat. Tak lekat tepi-tepi dia. Eheheh...lepas ni macam nak beli banyak-banyak puff pastry ni, boleh buat banyak benda lain lagi. :p




Monday, August 01, 2011

Satay Pusaka Wak Radol... U-Turn Kempas


Jangan pergi siang-siang. Bukan sebab bulan puasa. Tapi sebab memang tak bukak pun siang-siang. Hahaha. Malam tadi gi pekena satay secara tiba-tiba bila Kak Ila cadangkan Satay Wak Radol ni. Lagipun, saja nak bawak blogger Iffah yang datang berkunjung ke Skudai makan sesuatu sebelum dia bertolak balik ke Melaka hari ni.

Kitorang sampai masa tu dalam kul 10 jugak. Agak jauh jalan yang diamek sebab saja nak bawak Iffah round-round bandaraya Johor Bahru. Padahal, kalau naik flyover Kempas-Pasir Gudang yang sebelum Plaza Angsana, mesti da sampai dalam sekelip mata aje. Hahaha~ Letaknya kat tepi lebuhraya Kempas-Pasir Gudang. Kalau ikut jalan dalam, kena lalu Hospital Permai, dengan satu masjid. Tapi nak senang ikut flyover la ye.


Kitorang order 30 cucuk satay yang setiap satunya berharga RM 0.60. Nasi himpit dia seringgit satu. Dia memang sertakan sekali nasi himpit walopun kamu tak mintak. Satay dia kannn... kannn... kannnn.... Sedappppppppppppppp! Saya suka satay ayam, tapi satay daging diaaaa...saya tak pernah jumpa yang sesedap niiii... Siyes lembut, manis, tak liat punnn kalau nak kunyah! Tak rugi order~


Warung Wak Radol ni ade dua belah, yang tepi lebuhraya dengan yang baru kat dalam, Pusaka Wak Radol. Dua-dua sama sedap jeee... Tapi malam tadi kitorang makan kat belah tepi lebuhraya. Siap nampak macam-macam scene kat tepi jalan, ade polis kejar kete Myvi putih gak. Hahaha~ Okeh okehhh... Kalo korang mengidam satay masa datang ke Johor Bahru, jemput-jemputlah ke sini ye~


Ceq kata: 1 - 4 Ogos Pusaka Wak Radol cuti sempena Ramadhan. Sila datang lepas tu. :D




Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.