Wednesday, March 14, 2012

Apam Polkadot... Sedap!


Hari Isnin tu, saya buat apam polkadot. Nak bawak balik. Dah lama sangat nak buat. Dah macam-macam soalan tanya kat Ibu Gebu dan Puteri Katek. Akhirnya saya mula buat pagi Isnin tu. Masa pagi tu, saya tak ada acuan lompang, so saya masukkan je dalam loyang. Nak tau ape jadi? Adunan meleper sebab takde penguat paper cup tu masa apam mengembang dalam pengukus. Hahaha~ Dah tu, macam-macam bentuk ada. Bentuk ikan, bentuk rama-rama, bentuk hati, bentuk segi-segi, yang pasti takde bentuk bulat. :p

So, petang Isnin tu jugak, saya gi beli loyang acuan cupcake. Balik tu terus buat adunan lagi. Tiba-tiba, mak cakap, eh...mak ada la acuan lompang yang plastik tu. Lorhhhhh...dah terbeli lak loyang ni kan. =.= So, guna dua-dua acuan sekali masa mengukus tu. Maka, ada dua saiz. Saiz kecik n saiz besar. Hahaha~ Yang pasti, seronok buat apam polkadot ni. Suka tengok bila da jadi, comel-comel aje. Tapi tak secomel Ibu Gebu punya apam polkadot. T_T

Apepun, thanks Ibu Gebu dan Puteri Katek~

Bahan-bahan:

3 biji telur gred A (dari peti ais)
280 gram tepung gandum*
2 sudu kecil baking powder* (*diayak bersama)
220 gram gula halus (kalau letak filling guna 200 gram sahaja)
250 ml susu segar/susu cair/santan/susu UHT
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
filling (ikut citarasa sendiri - chocolate, strawberry, kelapa, kaya, peanut butter) - masukkan ke dalam piping bag
pewarna (ikut citarasa masing-masing)

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul telur, gula, vanilla dan ovalette sampai kembang.
  2. Kemudian baru masukkan tepung, baking powder dan bahan cecair secara berselang-seli.
  3. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 6-8 minit.
  4. Sementara itu, didihkan air kukusan, letak daun pandan untuk apam lebih wangi.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
  6. Masukkan setiap bahagian ke dalam piping bag.
  7. Susun acuan lompang dalam pengukus dan masukkan paper cup dalam acuan lompang.
  8. Picit adunan dalam paper cup sampai setengah cup.
  9. Picit filling ikut citarasa.
  10. Picit adunan sama @ lain warna sehingga penuh.
  11. Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
  12. Bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api dan kukus selama 15 minit.

Ada jugak tips, adunan untuk buat dot tu letak dalam piping bag lain dengan diameter lubang sebesar lidi je. Tapi saya guna piping bag sama je. Sebab tak rajin sangat. Hee~




6 comments:

aDisH.sHidA said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

cantik jugak la apam sunah nie...

dapurCikWan said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

wowwie..apam! =)

IBU GEBU said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

untuk adik kecik yang 1st time buat apam ni, kakak sgt berbangga... tak semua org berjaya buat apam ni naik dgn cantiknya pada cubaan pertama, selalunya 1st time buat x jadi terus give up x nak buat lagi... tapi dari usaha & keyakinan itu pasti awak boleh buat lagi gebu dimasa akan datang... tahniah dik

~~zAnAfAhMi~~ said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

tak perasan pula akak adik SS ni suka masak (jgn marah ye panggil adik ss, bukan syok sendiri tau). oh ye...gula melaka di serawak panggil gula apong? kalau di sabah mcm takde je?

Eera Shera said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

comelnye..tp mcm ssh je hehehe

Subhie Arun said... [Menaikkan Selera Yang Ni...]

comelnya...nanti i nak try !.....FRST TIME TO UR BLOG..LOV UR SPACE..GLAD TO FOLLOW U!

http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

Geng-geng Chef Tak Jadik!

Ramuan Selera!

kek (43) kek lapis (29) ayam (18) tempahan (16) pasta (15) jalan-jalan cari makan (9) admin (8) sup (8) keju (7) review (7) sosej (7) apam polkadot (6) dessert (6) food review (6) pastri (6) roti (6) apam (5) kentang (5) kuih-muih (5) projekcarikmakan (5) telur (5) tips (5) donat (4) lobak (4) nasi (4) cheesecake (3) kekacang (3) laksa (3) pizza (3) sayur (3) western (3) Maulidur Rasul (2) Menu Sihat (2) Ramadhan (2) bars (2) belacan (2) congo bars (2) ikan (2) jemput-jemput (2) lempeng (2) pencuci mulut (2) pisang (2) pulut (2) resepi (2) sarapan (2) 16 September (1) ABC (1) Hari Malaysia (1) JELITA (1) KB Delights (1) Kacang (1) Kacang Pool (1) Nasi Ayam (1) RAPI (1) agar-agar (1) ais (1) bangi golf resort (1) biskut (1) brownies (1) buffet ramadhan (1) chocolate (1) cookiesnginger (1) daun kunyit (1) dinner (1) diskaun (1) facebook (1) gift set (1) halia (1) hantaran (1) healthy (1) ikan bilis (1) ikan sardin (1) indian food (1) info (1) isu (1) johor (1) kacang panjang (1) kebab (1) kedai mamak (1) kek lapis 2015 (1) keropok (1) kismis (1) kuantan (1) kula cakes (1) kunyit (1) labu air (1) laksa tempurung (1) lilawadi (1) makaroni (1) mangga (1) masak-masak (1) megi (1) mentega (1) menu berbuka (1) minum petang (1) nasi kukus ayam berempah (1) nenas (1) panna cotta (1) pavlova (1) pemanggang ajaib (1) penkek (1) pudding (1) pulau pinang (1) restoran (1) sandwich (1) satay (1) spaghetti (1) strawberry (1) the banana leaf restaurant (1) tomyam (1) tortilla (1) udang (1) wrap (1) yis (1) yusbianco (1)

Disclaimer:

Segala resepi di dalam Selera Sakura adalah diderhakakan (word Che Mat) sendiri oleh ceq melainkan yang ada dimasukkan backlinks dari blog blogger-blogger chef handalan yang lain.
Sebarang copy mengopy melalui Selera Sakura hendaklah disertai juga dengan backlinks.
Sekian terima kasih.