Menu

Sayur Kacang Panjang...dengan Belacan

بسم الله الرحمن الرحيم



Pernah makan sayur yang letak belacan? Mungkin pernah, tapi jarang-jarang kan? Erm...kalau kat tempat ceq kat Sarawak nun (spesifikalli kat Bintulu), memang sayur semua letak belacan. Penyedap rasa wooo...kalau tak letak belacan, mak mertua boleh detect! Wahahaha~ ceq tak kawen lagi, hokeyyyy...

Meh nak kongsi resepi ni, simple je ponn...takde yang special. Bahan tumis ni boleh guna untuk semua jenis sayur jugak. :)

Bahan-bahan tumis:

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
1 tangkai cili merah
1/2 sudu teh belacan
Sedikit garam

Sayur (kat sini ceq guna kacang panjang dan lobak merah)
Minyak masak
Air

Cara-cara membuatnya:

Tumbuk semua bahan tumis tuuu...mulakan dengan garam dan cili, lepas tu bawang-bawang, baru ikan bilis, last sekali belacan.
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang da ditumbuk tadi.
Bila da naik bau semerbak, masukkan sayur. Tambah air kalau nak.
Bila mendidih, tambah garam secukupnya.
Dah masak, tutup api. Sekian~

Ceq kata: Kalau alergi, takleh la nak letak belacan berketul-ketul. :D

2 comments:

Miss Ran said...

wah mmg ltk eh..slalu kangkung je letak

Sunah Mohammad said...

@Miss Ran

ha'ah...memang letak..:)

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats